Hassan Gani kekal ADUN Sebatik

June 23, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini membatalkan saman Parti Warisan Sabah (Warisan) terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan Gani Pengiran Amir setelah beliau keluar parti pada Februari tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Wong Siong Tung memutuskan bahawa seorang wakil rakyat yang dipilih harus mempunyai kebebasan untuk berpersatuan dan sebarang tindakan membendung kebebasan itu tidak akan dibenarkan mahkamah.

“Seseorang ahli perundangan yang dipilih harus bebas untuk bertindak mengikut kemampuannya yang terbaik dan penghakiman bebasnya tidak seharusnya dikekang oleh undang-undang terhadap kewajipan sama ada kepada partinya atau kepada pengundi atau tertakluk kepada telunjuk sesiapa.

“Sebarang pengaturan yang membelenggu atau melucutkan kebebasan ahli badan perundangan yang dipilih itu akan bertentangan dengan dasar awam dan menyalahi undang-undang,” kata Wong menurut laporan MalayMail.

Dalam samannya, Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr, memohon untuk menguatkuasakan sumpah atau “Ikrar Kesetiaan” yang dibuat oleh Hassan Gani, bersama-sama dengan surat peletakan jawatan yang telah ditandatangani, tidak bertarikh, yang kedua-duanya didakwa dilakukan dan ditandatangani oleh Hassan Gani.

Menurut dakwaan Padua, Hassan berada di bawah kewajipan khas dan tugas untuk mengosongkan kerusinya sekiranya dia keluar parti.

Tetapi hakim berkata bahawa apa-apa perbuatan yang menghalang kebebasan berpersatuan tidak boleh mengikat di sisi undang-undang, dan terpulang kepada pengundi untuk menilai beliau pada pilihan raya akan datang kerana “mungkir janji”.

“Sebarang sebab tindakan berdasarkan pengaturan sedemikian untuk melucutkan kebebasan tidak boleh dikekalkan dalam undang-undang. Penalti yang sewajarnya bagi ahli perundangan yang dipilih kerana mungkir janji politik ialah pengundi atau pemilih mempertimbangkan untuk mengundi secara berbeza pada peluang seterusnya,” katanya.

Peguam Hassan Gani, Tengku Datuk Fuad Ahmad berkata alasan “Ikrar Kesetiaan” dan surat peletakan jawatan tidak bertarikh, yang didakwa telah ditandatangani terlebih dahulu adalah satu skim yang menyalahi undang-undang bertujuan untuk mengawal, menyekat dan membelenggu hak perlembagaan ADUN di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila jelas kepada anak guam saya bahawa Parti Warisan tidak dapat memenuhi keperluan mahupun membawa pembangunan kepada pengundinya, dia secara sah dan betul, melaksanakan hak perlembagaannya dan memisahkan dirinya daripada Warisan.

“Hak seorang ADUN untuk mengutamakan kepentingan pengundinya, adalah asas kepada sistem demokrasi berparlimen Malaysia. Keperluan parti politik jangan sekali-kali mendahului kepentingan rakyat,” katanya.

Wong membenarkan permohonan Hassan Gani untuk membatalkan saman Padua dengan kos sebanyak RM5,000.

Hassan diwakili oleh Fuad dan Wilson Chang, manakala Padua diwakili oleh Goldam Hamid dan Syful Sufyian Sidin.

Sebagai wakil rakyat kali pertama, Hassan menjadi ADUN pertama meninggalkan Warisan pada 25 Februari tahun lalu. Beliau secara rasmi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada April tahun yang sama.

Sejak itu, ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yaacob dan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga ADUN Segama, Datuk Mohammadin Ketapi; Ahli PArlimen Melalap Peter Anthony, dan ADUN Limbahau Juil Nuatim; serta ADUN Kukusan Rina Jainal juga telah meninggalkan Warisan.

Berita berkaitan
Tajuddin sahkan Muhyiddin tak masuk campur kes mahkamah Zahid
June 28, 2022· Politik
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan kes rogol amah ADUN Tronoh
June 28, 2022· Isu semasa
Din Ketapi umum keluar parti lagi, tapi masih mesra kerajaan
June 28, 2022· Politik
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok