Hasil siasatan Pandora Papers dibentang di Parlimen: Wan Junaidi

October 25, 2021 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan hasil siasatan Pandora Papers yang dikatakan membabitkan beberapa pemimpin negara, akan dibentangkan di PArlimen setelah siasatan selesai dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga memberi jaminan kerajaan akan menjalankan siasatan yang telus setelah arahan dikeluarkan kepada pelbagai agensi, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Bank Negara Malaysia (BNM) .

“Saya bagi jaminan yang Perdana Menteri akan mengeluarkan arahan kepada semua agensi yang terlibat seperti SPRM, BNM dan JSJK untuk melakukan siasatan.

“Kita akan bincang untuk menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk membawa hasil siasatan ke Parlimen selepas keputusan akhir diperolehi,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai pendedahan Pandora Papers.

Antara nama rakyat Malaysia yang didedahkan Pandora Papers termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli perniagaan Tiong Hiew King dan Tiong Ik King, Larry Low Hock Ping dan Goh Gaik Ewe serta Lim Kok Thay.

Mengulas lanjut Wan Junaidi berkata, kerajaan akan memberi ruang kepada mereka yang terlibat dalam laporan Pandora Papers untuk memberi penjelasan dalam sidang Parlimen nanti.

Sementara itu menjawab soalan asal mengenai pemantauan terhadap transaksi wang keluar negara secara haram serta nilai wang haram yang telah dikeluarkan sejak 2008 hingga kini, beliau berkata, penggunaan akaun luar pesisir bukanlah suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia dan tindakan akan diambil sekiranya terdapat bukti berkaitan salah laku jenayah mana-mana individu atau syarikat.

“Dalam pendedahan Pandora Papers, International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) hanya menyenaraikan siapa yang pernah atau sedang memiliki saham atau menjadi pengarah dalam syarikat di luar negara atau ‘offshore’.

“Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, penggunaan akaun luar pesisir semata-mata bukanlah suatu kesalahan di bawah undang-undang Labuan kecuali terdapat bukti berkaitan salah laku jenayah mana-mana individu atau syarikat,” katanya.

Beliau menjelaskan, orang ramai seringkali keliru dengan ICIJ Global Financial Integrity (GFI), sedangkan kedua-dua organisasi adalah berbeza meskipun berpusat di Washington.

“GFI merupakan organisasi yang terdiri daripada kumpulan penganalis ekonomi yang membuat pendedahan berkaitan aliran keluar wang haram dengan aktiviti trade mispricing oleh syarikat-syarikat pengimport atau pengeksport dan Multi National Company (MNC) untuk mengelakkan cukai.

Merujuk kepada laporan pihak The Coverage berkaitan pengaliran keluar dana sebanyak RM1.8 trillion dan nama individu lain seperti ahli-ahli keluarga bekas perdana menteri, katanya, laporan itu sebenarnya tidak merujuk kepada Pandora Papers semata-mata.

Sebaliknya kata beliau, maklumat pengaliran dana tersebut dinyatakan dalam laporan GFI manakala nama-nama tambahan tersebut adalah daripada pendedahan-pendedahan lain oleh ICIJ seperti Paradise Papers dan Panama Papers.

“Laporan GFI mengenai aliran keluar kewangan haram bagi Malaysia adalah terlebih nyata (overstated) kerana ianya tidak mengambil kira ‘Rotterdam effect’ serta menganggap ‘errors and omissions’, yang timbul akibat percanggahan dalam proses kompilasi data sebagai bersamaan dengan aliran kewangan haram.

“Justeru, mengaitkan pendedahan yang dibuat oleh ICIJ dan laporan yang dikeluarkan oleh GFI adalah sesuatu yang kurang tepat dan boleh mengelirukan kerana kedua-duanya merupakan organisasi yang berbeza dengan pelaporan yang berbeza,” katanya.

Wan Junaidi berkata, dalam hal ini, kerajaan tidak akan mengganggu pihak berkuasa sekiranya terdapat laporan terhadap mana-mana pihak atau individu yang memerlukan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya.

“Sebagai makluman juga, BNM telah meningkatkan pemantauan dan perisikan dalam mengesan aktiviti kiriman wang tanpa lesen. Ini menyumbang kepada peningkatan aktiviti penguatkuasaan menyasarkan aktiviti kiriman wang tanpa lesen samada aktiviti bersindiket dan juga operator-operator runcit.

“Bagi tempoh 2017 hingga 2020, tindakan penguatkuasaan telah dipertingkatkan dengan 64 kes telah didakwa di mahkamah, melibatkan lebih RM11 juta jumlah denda dan melucutkan harta,” jelasnya.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok