Hasil laporan awal punca pesawat MH2664 berpatah balik didedah

April 10, 2022 · Isu semasa

Malfungsi sistem pitot-statik telah menyebabkan Penerbangan MH2664 terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa dalam perjalanan ke Tawau pada Ahad lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Chester Voo berkata penemuan itu dibuat selepas CAAM menyemak laporan awal siasatan keselamatan dan kejuruteraan berkaitan insiden tersebut, lapor Bernama.

“Berdasarkan laporan awal yang diekstrak daripada Perakam Data Penerbangan (FDR), didapati telah berlaku isu teknikal semasa penerbangan itu susulan malfungsi sistem pitot-statik,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sistem pitot-statik ialah instrumen yang mengukur perbezaan tekanan untuk menentukan kelajuan dan altitud udara.

Beliau berkata malfungsi itu telah menghasilkan petunjuk kelajuan palsu yang menyebabkan pesawat menaik dan menyahaktifkan fungsi pandu auto.

“Sebagai respons, juruterbang segera bertindak mengambil alih kawalan terhadap pesawat itu.

“Ini penting bagi memastikan pesawat kekal berada di bawah kawalan juruterbang berdasarkan petunjuk tepat yang masih ada dengan menggunakan instrumen yang masih berfungsi,” katanya.

Voo berkata data keselamatan menunjukkan terdapat input perubahan mendadak daripada juruterbang semasa percubaan mengambil alih kawalan pesawat itu.

“Bagaimanapun, ini menyebabkan perubahan pada pecutan dan altitud yang selari dengan laporan juruterbang serta pengalaman penumpang dalam pesawat itu.

“Kesemua tindakan pembetulan ini, ditambah pula dengan cuaca buruk, telah menyebabkan penumpang berasa tidak selesa di dalam kabin,” katanya.

Beliau berkata tindakan awal kru penerbangan dan pelaksanaan senarai semak pemulihan tidak normal seperti prosedur operasi standard adalah mencukupi berdasarkan laporan awal siasatan CAAM dan FDR.

Voo berkata CAAM telah mengarahkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk melaksanakan segera beberapa keperluan bagi mengekalkan pengawasan keselamatan yang berkesan.

Antaranya meningkatkan program Latihan Pencegahan dan Pemulihan yang Tidak Baik (UPRT) MAB untuk memberi penekanan kepada tindakan awal serta masa yang diambil untuk bertindak balas terhadap sesuatu isu.

“Perkara ini akan diwajibkan oleh CAAM kepada semua pengendali pesawat komersial,” katanya.

Beliau berkata CAAM turut mengesahkan bahawa pesawat yang terjejas telah direhatkan sehingga notis lanjut dan kini menunggu analisis teknikal daripada Syarikat Boeing.

“Punca insiden yang dikenal pasti sedang ditangani bagi memastikan kaedah latihan dan keselamatan dipertingkat untuk semua kakitangan penerbangan terbabit,” katanya.

Susulan itu, CAAM akan mengeluarkan keperluan tambahan yang diperlukan bagi memastikan semua aspek ditangani dengan teliti dan amalan terbaik keselamatan dipatuhi selain menjaga keselamatan orang awam.

“CAAM ingin memberi jaminan bahawa sistem pengawasan keselamatan di Malaysia yang dikawal selia oleh CAAM adalah ketat serta berkesan dalam menguruskan risiko berdasarkan peraturan dan undang-undang Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” kata Voo.

Berita berkaitan
Dron tidak dibenarkan penggunaan sebelum dan pada sambutan Hari Kebangsaan
August 29, 2023· Isu semasa
CAAM diarah siasat semua pesawat Beechcraft Model 390 di Malaysia
August 18, 2023· Isu semasa
CAAM sahkan pesawat terhempas di Elmina bawa lapan penumpang
August 17, 2023· Isu semasa
MOTAC tak hadir prosiding isu kecoh di KLIA
July 25, 2023· Isu semasa
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok