Hasil kerajaan berkurang, dividen Petronas lebih rendah berbanding 2019

October 28, 2021 · Isu semasa

Faedah dan perolehan daripada pelaburan adalah penyumbang utama bagi hasil bukan cukai bagi tahun 2020, iaitu berjumlah RM46.07 bilion atau 74.2 peratus daripada keseluruhan hasil bukan cukai.

Amaun ini berkurangan sebanyak RM13.99 bilion atau 23.3 peratus berbanding RM60.06 bilion pada tahun 2019, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020, yang dibentang di Dewan Rakyat, hari ini

“Pengurangan ini disebabkan terimaan dividen lebih rendah daripada syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) iaitu sebanyak RM34 bilion berbanding RM54 bilion pada tahun 2019,” kata laporan itu menurut Bernama.

Selain itu, lesen, bayaran pendaftaran dan permit menjadi penyumbang kedua terbesar bagi hasil bukan cukai.

“Penurunan hasil di bawah kategori ini adalah disebabkan oleh pengurangan terimaan royalti petroleum sejumlah RM1.58 bilion menjadi RM4.20 bilion pada tahun 2020 berbanding RM5.78 bilion pada tahun 2019.

“Prestasi perbelanjaan sebenar berjumlah RM224.60 bilion atau 99.1 peratus iaitu menurun RM38.74 bilion atau 14.7 peratus berbanding RM263.34 bilion pada tahun 2019.

“Perbelanjaan emolumen berjumlah RM82.99 bilion berbanding RM80.53 bilion pada tahun 2019 iaitu peningkatan sejumlah RM2.46 bilion atau 3.1 peratus,” katanya.

Sementara itu, sejumlah RM61.07 bilion dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan, manakala RM38.02 bilion dipindahkan ke Kumpulan Wang Covid-19.

Analisis Audit terhadap pinjaman kasar berjumlah RM194.55 bilion yang diterima pada tahun 2020 mendapati sejumlah RM98.06 bilion atau 50.4 peratus daripadanya digunakan untuk bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang pada tahun 2020.

Bayaran balik prinsipal meningkat sejumlah RM15.00 bilion atau 18.1 peratus berbanding tahun 2019, berjumlah RM83.050 bilion.

Sejumlah RM97.73 bilion atau 99.7 peratus adalah bayaran balik pinjaman dalam negeri, manakala RM0.33 bilion atau 0.3 peratus adalah bayaran balik hutang luar negeri.

“Perkara ini menunjukkan kebergantungan kerajaan terhadap pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang.

“Dalam jangka masa panjang, bebanan kewangan negara akan bertambah untuk pembayaran kos pinjaman menyebabkan peruntukan mengurus untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan serta pembelian aset akan berkurangan,” katanya.

Menurut laporan itu, jumlah bayaran liabiliti kerajaan bagi tahun 2020 berjumlah RM106.323 bilion atau 54.6 peratus daripada keseluruhan terimaan pinjaman kasar tahun kewangan 2020 [2019: RM89.288 bilion (64.4 peratus).

Berita berkaitan
2,310 pelajar terima sumbangan Yayasan Petronas
June 12, 2023· Isu semasa
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023· Isu semasa
Petronas sedia beri kerjasama kepada SPRM jalankan siasatan
May 27, 2023· Isu semasa
Rakyat Malaysia dibawa keluar dari Kompleks Petronas Khartoum
April 18, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok