Hari pertama VTL Malaysia-Singapura kesan satu kes positif

November 29, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mengesan satu kes positif Covid-19 pada hari pertama Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura dilaksanakan, pagi tadi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tindakan cepat dan pantas di pintu masuk Malaysia penting bagi memastikan penularan jangkitan, termasuk daripada risiko varian baharu, Omicron berupaya ditangani sepenuhnya.

“Kita buat semua keputusan bersandarkan sains, justeru, KKM tegas untuk tetap melaksanakan saringan apabila mereka tiba di pintu masuk negara.

“Walaupun mereka yang masuk menerusi VTL dikehendaki membuat saringan 72 jam sebelum hari perjalanan, tetapi ia masih membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan,” katanya di Shah Alam, hari ini.

Pada masa sama Khairy berkata semua jenis saringan, termasuk menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen berupaya mengesan kes positif Covid-19 daripada varian Omicron.

“Perkara itu dimaklumkan pakar daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), dengan mengambil kira mekanisme fungsi RTK antigen dan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

“emua jenis saringan masih berupaya mengesan Omicron kerana ujian dibuat bersandarkan kehadiran nukleokapsid atau litupan protein yang mengandungi genom virus Covid-19,” katanya,

Justeru, Khairy berkata walaupun Omicron dikatakan mempunyai mutasi 32 spike protein setakat ini ia tidak membawa apa-apa perubahan atau kesan terhadap keberkesanan dan ketepatan ujian saringan.

“Sebarang perincian lanjut berhubung perkara ini akan diketahui dan dimaklumkan kelak, memandangkan Omicron masih menjadi mutasi baharu serta banyak aspek yang kita tidak tahu mengenainya,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok