Hari pengundian perlu ambil kira waktu persekolahan: Radzi

October 13, 2022 · Isu semasa

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada cuti sekolah khususnya pada Sabtu bagi mengelak operasi sekolah terjejas.

“Memandangkan jangkaan hari mengundi bagi PRU-15 dibuat bukan pada musim cuti persekolahan, maka akan banyak bilik darjah dan ruangan di sekolah akan digunakan sebagai saluran tempat mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat pelepasan peserta Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) Peringkat Putrajaya-Genting Highlands di Dataran Putrajaya, di Putrajaya, hari ini.

SPR dalam kenyataan kelmarin memaklumkan akan bermesyuarat pada 20 Oktober ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi PRU-15 termasuk hari penamaan calon, pengundian awal serta hari mengundi.

Dr Radzi berkata, biasanya secara umum pilihan raya dibuat pada cuti hari minggu dan turut berharap PRU-15 juga dibuat demikian.

“Kita berharap begitulah untuk kali ini supaya tidak menjejaskan operasi sekolah. Buat Sabtu itu bagi memudahkan. Sebab kalau Ahad lain pula, ada negeri bersekolah hari itu.

“Tapi kita tak tahu tarikh yang akan ditetapkan SPR. Apa yang penting, kalau operasinya pada Sabtu, ini adalah perkara yang kita sudah lalui seperti pilihan raya sebelum ini. Cuma kalau hari bersekolah itu akan terjejas operasi sekolah pada hari berkenaan,” katanya menurut Hmetro.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
25 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
36 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
11 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
12 jam lalu· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
24 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok