Hari penamaan calon, MetMalaysia ramal pagi hujan, petang ribut petir

November 1, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa negeri dilanda hujan waktu pagi pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijadualkan, Sabtu ini.

Menurut laman web MetMalaysia, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur dijangka hujan pada sebelah pagi di semua kawasan Parlimen.

Manakala beberapa negeri diramalkan hujan di beberapa kawasan Parlimen iaitu Johor (Segamat, Labis, Ledang, Muar, Ayer Hitam, Batu Pahat, Pontian, Sekijang, Pagoh, Bakri, Parit Sulong, Sri Gading, Pulai, Kulai dan Tanjung Piai), Pahang (Kuantan, Pekan, Kuala Krau, Temerloh, Bentong dan Bera), Perak (Larut, Bagan Serai, Lumut, Teluk Intan, Parit Buntar dan Bagan Datuk), Sarawak (Mas Gading, Petrajaya, Stampin, Mambong, Batang Sadong, Sri Aman, Tanjong Manis, Baram, Santubong, Bandar Kuching, Kota Samarahan, Serian, Batang Lupar, Saratok, Igan dan Kapit), Terengganu (Marang, Dungun dan Kemaman), Sabah (Tenom), Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, 12 negeri diramalkan dilanda ribut petir di semua kawasan Parlimen pada sebelah petang hari penamaan calon tersebut.

Negeri yang terbabit ialah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi Selangor pula, ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan termasuk Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Pandan, Bangi, Sungai Besar, Selayang, Ampang dan Hulu Langat pada sebelah petang.

Di Sabah pula, ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang iaitu Kalabakan, Kimanis, Sipitang, Keningau, Pensiangan, Silam dan Tawau.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
3 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
16 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
12 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok