Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Agenda Daily tak tunduk kepada tekanan

May 3, 2022 · Isu semasa

Tidak terlalu lambat Agenda Daily mengucapkan selamat menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia kepada semua pengamal media, sama ada tempatan atau luar negara.

Menjadi seorang wartawan atau menguruskan sesebuah agensi media di Malaysia adalah satu cabaran yang besar kerana masih terdapat ahli-ahli politik ibarat “katak dibawah tempurung” yang mahu “mencucuk hidung” media demi populariti sendiri.

Malahan, media di Malaysia tidak terlepas daripada ugutan dan ancaman daripada pihak pemerintah mahupun ahli politik yang tidak suka dikritik, apabila dikritik dalam ulasan pun masih dikatakan ia satu fitnah.

Mungkin ahli politik terlalu lemah daya intelek atau terlalu manja tidak boleh dikritik atau mungkin juga tidak dapat membezakan antara sebuah penulisan ulasan dengn sebuah penulisan berunsur fitnah.

Sudah genap hampir setahun pasukan Agenda Daily baharu kembali beroperasi semula dan sememangnya kritikan yang disiarkan tidak memuaskan hati segelintir mereka yang terlalu mengejar populariti.

Sepanjang tempoh setahun lebih menjalankan tanggungjawab sebagai unit media, wartawan dan editor portal kami tidak terlepas dengan pelbagai bentuk tekanan tetapi setakat ini kami masih mempertahankan integriti dan maruah portal ini.

Pembaca Agenda Daily pastinya mengetahui tindakan saman yang sedang dihadapi portal kami susulan sebuah ulasan yang tidak memuaskan hati Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, malah kami dituduh memfitnah dan mencemarkan imej beliau.

Bagaimanapun, kami juga mempersoalkan bahagian mana dalam laporan ulasan tersebut yang dituduhnya kami membuat fitnah, tetapi sebaliknya kami dituduh pula memberikan imej tidak baik kepada Ismail Sabri.

Sebagai sebuah agensi media, tekanan dan ancaman sebegini sememangnya adalah lumrah dan realiti yang perlu dihadapi, Agenda Daily juga berhak untuk mempertahankan diri sendiri dan meminta Ismail Sabri menjawab setiap persoalan kami kemukakan dalam afidavit yang dibalas terhadap tuntutan saman tersebut.

Walaupun tidak memiliki pendapatan atau memiliki sumber kewangan yang kukuh, kami sudah mengambil peguam bagi mewakili pihak Agenda Daily untuk membalas semua tuntutan yang dibuat dalam surat saman Ismail Sabri.

Malah, sekalipun tidak mampu membayar kos guaman atau didenda kerana membuat fitnah yang tidak dapat dibuktikan, pihak Agenda Daily akan mengambil tanggungjawab untuk dipenjarakan sekalipun bagi mempertahankan maruah pengamal media.

Pemerintah perlu ingat tidak boleh sesuka hati membuli media dengan bertindak memberi tekanan atau memberi ancaman secara langsung atau tidak langsung.

Dalam laporan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) hari ini sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, beberapa perkara dibangkitkan oleh kumpulan tersebut antaranya kecenderungan kerajaan menggunakan senjata undang-undang yang menindas terhadap media dan wartawan untuk menutup laporan kritikal.

Antara perundangan ini termasuklah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 mengenai jenayah penggunaan mesin cetak tanpa lesen, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 mengenai jenayah penyebaran rahsia rasmi, Akta Hasutan 1948 mengenai jenayah ucapan dengan kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 untuk penggunaan internet yang tidak wajar.

“Arah alirannya menghala untuk menyasarkan dan menakut-nakutkan media dengan menggunakan undang-undang ini apabila kerajaan digambarkan secara negatif, dengan membuat laporan polis dan menyaman, menyerang wartawan dalam talian atau hanya menafikan laporan yang sah.

“Akibatnya, media di Malaysia terpaksa menapis diri mereka sendiri apabila melaporkan berita berkaitan kerajaan, yang tidak membenarkan media menjalankan tugasnya melaporkan kebenaran dan memegang kuasa untuk bertanggungjawab,” kata laporan itu.

Ia menonjolkan pelbagai taktik ugutan yang digunakan terhadap media pada tahun kebelakangan ini.

Sebagai tindak balas, CIJ mengulangi gesaannya untuk menghentikan penggunaan undang-undang yang menindas terhadap media dengan meletakkan moratorium serta-merta ke atas undang-undang ini dan meneruskan semakan segera untuk sama ada meminda atau memansuhkannya.

“Mengambil pendekatan sebegini juga akan melangkaui retorik biasa atau janji yang dibuat oleh ahli politik sebelum ini dan sebenarnya merealisasikan pembaharuan media dan komitmen untuk menegakkan hak perlembagaan kita,” katanya.

CIJ juga menyeru kerajaan untuk memastikan akses sama rata kepada semua media dalam acara dan sidang akhbar berkaitan kerajaan, penubuhan Dana Dokongan Media, serta menangani maklumat salah dan ucapan kebencian dalam talian.

CIJ berkata adalah penting bagi kerajaan untuk segera menubuhkan Majlis Media Malaysia.

“Dengan berbuat demikian akan menyaksikan penubuhan badan kawal selia kendiri yang telus dan bebas untuk industri ini.

“Mewujudkan majlis media akan memastikan pelaporan yang bertanggungjawab dan inklusif melalui penerbitan garis panduan untuk mempromosikan pelaporan inklusif mengenai bidang sosial, dan mengurangkan pengaruh politik dan komersial pada kandungan media,” katanya.

Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
25 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
40 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
57 minit lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok