Harga telur ayam naik, gantikan sumber protein lain

February 11, 2022 · Isu semasa

Secara purata, isi rumah di Malaysia memakan 48 kilogram (kg) daging ayam setiap tahun atau empat kilogram sebulan (dua ekor).

Jika kita belah ayam menjadi 12 bahagian seekor, setiap kita memakan satu per lima belah bahagian ayam setiap hari (ini agak rendah).

Sebenarnya, isi rumah di Malaysia memakan 50kg ikan, 19kg babi, tujuh kg lembu dan 1.15kg kambing selain 330 telur ayam (hampir sebiji setiap hari) bagi setahun.

Isi rumah kita masih lebih suka makan ikan daripada ayam.

Mengapa protein penting kepada isi rumah di Malaysia? Ini kerana protein membantu sel untuk pertumbuhan badan.

Menurut Pakar Ekonomi Prof Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, pengurangan harga ayam sebenarnya menekan kedudukan penternak ayam.

“Kerana terhimpit antara kos yang meningkat dan harga yang menurun, mereka tiada pilihan selain terpaksa mengurangkan pengeluaran bagi menurunkan kerugian keseluruhan operasi.

“Masalah penternak ialah, walaupun mereka cekap daripada segi operasi namun mereka sangat bergantung kepada pengimportan bahan makanan menyebabkan industri ini mempunyai nilai tambah yang sangat kecil,” katanya

Dalam pada itu, peniaga runcit di pasaran juga tertekan kerana pengguna menuduh mereka mengambil keuntungan lebih, walhal mereka menerima bekalan pada harga yang meningkat.

Menurut Dr. Barjoyai, ada peruncit yang lebih rela tidak menjual ayam daripada dituduh mengambil untung berlebihan.

“Cara yang mudah untuk pengguna bertindak ialah untuk berhenti memakan ayam buat sementara.

“Pengguna boleh mencari sumber protein lain seperti ikan dan sayuran, tauhu dan tempe. Pengurangan tekanan di pasaran akan mewaraskan lagi tindakan pengimport dan pemborong bagi menurunkan harga,” jelasnya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Nur Azura Adam berkata, berdasarkan data diperoleh menunjukkan keperluan rakyat negara ini terhadap telur ayam sekitar 21 kilogram atau 361 biji setahun untuk setiap individu.

“Untuk menampung keperluan semasa, dianggarkan 672,000 tan metrik telur diperlukan setahun.

“Ketika ini, jumlah ditawar tidak mampu memenuhi permintaan pasaran.

“Saya menjangka harga telur dan ayam akan naik memandangkan kos penghasilan bahan makanan ayam sekitar 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kos pengeluaran,” katanya.

Dr Nur Azura berkata, realiti permasalahan kenaikan harga ayam dan telur banyak dipengaruhi bahan makanan ayam seperti jagung dan kacang soya diimport.

“Kita import bahan mentah ini dari negara seperti China, Brazil dan Argentina, sekali gus menjadikan harga pasaran antarabangsa di luar kawalan kita.

“Pada masa sama, perlu lihat kos logistik yang meningkat bukan hanya dalam negara, malah di peringkat antarabangsa terutama kos kargo.

“Ada pengusaha atau penternak mengeluh faktor kenaikan disebabkan harga tidak terkawal bahan penternakan seperti dedak, vitamin dan beberapa faktor luaran lain hingga mengakibatkan mereka terpaksa menaikkan harga telur serta ayam,” katanya.

Menurut beliau, keluhan ini relevan kerana bahan itu tidak dihasilkan dalam negara dan semuanya bergantung kepada kos import.

“Jika ada cadangan berhubung kawalan harga bahan makanan ayam, sebenarnya ia di luar kuasa kita. Bagaimanapun, mungkin kerajaan boleh memperkenalkan subsidi khas apabila berdepan dengan krisis sebegini untuk mengurangkan harga dedak,” katanya.

Tidak ketinggalan, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Datuk Jeffrey Ng berkata, penternak serta pengeluar telur ayam terpaksa beroperasi dalam kerugian apabila harga dedak serta kos bahan mentah makanan ayam meningkat.

“Saya tidak nampak permintaan ayam akan meningkat dengan mendadak selepas kerajaan mengumumkan harga ayam turun 20 sen.

“Sebagai penternak, kita tetap akur dengan arahan kerajaan namun saya sendiri tidak tahu sampai bila. Kita sudah beroperasi dalam kerugian sejak sebulan lalu dan jika keadaan ini berterusan, kita gulung tikar.

“Harga dedak naik RM2 minggu ini dan sejak 2020 sampai sekarang, harga dedak naik RM34 satu beg 50 kilogram, ini kos bahan mentah untuk makanan ayam yang terpaksa kita tanggung,” katanya.

Beliau turut berharap kerajaan dapat memberikan garis panduan yang jelas berhubung masalah ini, sekali gus melihat kepayahan golongan penternak.

Berita berkaitan
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu· Isu semasa
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023· Isu semasa
Bekalan mulai stabil selepas kemasukan telur import: Mat Sabu
March 19, 2023· Isu semasa
Deepak digesa buat laporan polis atau Wee akan buat laporan sendiri
March 18, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
24 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok