Harga RON97 naik 9 sen seliter

Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula hari ini sehingga 10 November ini, lapor Kementerian Kewangan (MoF).

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 naik 9 sen kepada harga RM3.06 seliter berbanding RM2.97 seliter minggu lalu.

MoF dalam satu kenyataan berkata harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Bagaimanapun, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

BERITA BERKAIT
POPULAR