Harga petrol, diesel kekal tak turun

May 17, 2023 · Isu semasa

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 18 hingga 24 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Untuk rekod, Pakatan Harapan (PH) semasa berkempen Pilihan Raya Umum (PRU) sering memberi janji kepada rakyat untuk menurunkan harga bahan bakar tersebut, bagaimanapun sehingga hari ini masih belum tertunai.

Dalam kenyataan hari ini MOF memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter), menurut laporan Bernama.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Berita berkaitan
Harga petrol dan diesel kekal, tak turun dan tak naik
June 7, 2023· Isu semasa
RON97 naik dua sen, harga RON95 dan diesel kekal tak berubah
May 31, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
May 29, 2023· Isu semasa
KWSP jual aset runcit di Lembah Klang dan Johor: Mat Maslan
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
2 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
4 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
6 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok