Harga petrol, diesel kekal

April 20, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MoF) mengekalkan harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 27 April.

Dalam kenyataan hari ini MoF berkata harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.81 dan RM2.05 seliter, manakala diesel RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan, sepertimana dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” menurut kenyataan itu.

Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petrolum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok