Harga minyak masak dijangka turun tak lama lagi: Nanta

July 20, 2022 · Isu semasa

Susulan penurunan harga minyak masak mentah daripada RM7,000 satu metrik tan kepada RM3,600 minggu ini, kerajaan menjangkakan harga minyak masak dalam botol juga turun tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata dalam pada itu, strategi dalam menangani inflasi dan kos sara hidup yang dilaksanakan dengan bekerjasama erat bersama Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi juga telah menampakkan hasil terutamanya berkaitan isu ayam dan telur.

“Strategi lima serampang yang kita laksanakan adalah kawalan harga barang keperluan asas menerusi subsidi bersasar; libat urus berterusan bersama pemain industri bagi menstabilkan harga dan peningkatan penguatkuasaan melalui kolaborasi dengan semua agensi penguatkuasaan untuk mengurangkan ketirisan terutama barang bersubsidi.

“Selain itu, strategi lain adalah dengan memperluaskan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) meliputi 613 kawasan Dewan Undangan Negeri dalam usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat melalui tawaran barangan asas yang murah sehingga 20 peratus berbanding harga di pasaran setempat,” katanya.

Strategi terakhir termasuk advokasi perubahan kecil terhadap gaya hidup pengguna untuk mempengaruhi permintaan dan seterusnya harga barangan di pasaran tempatan, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu hari ini.

Nanta berkata KPDNHEP akan meneruskan strategi lima serampang ini dalam menangani inflasi dan kos sara hidup yang sedang dihadapi negara dan rakyat ketika ini.

“Melalui sesi libat urus dengan pemain industri bersama kementerian lain termasuk Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi juga kami sudah bincang, memang sesi libat urus ini kami yakin akan beri kesan penurunan pada harga minyak masak dan barangan keperluan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Nanta berkata sehingga kini jualan Perdagangan Borong dan Runcit Malaysia telah mencatatkan rekod baharu pada Mei 2022 dengan pertumbuhan 19.9 peratus tahun ke tahun berjumlah RM129.8 bilion seperti diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Sehubungan itu, KPDNHEP telah menilai semula semua inisiatif dan program kementerian berimpak tinggi agar pemulihan ekonomi negara menerusi perdagangan dalam negeri dan pendayaupayaan pengguna terus berjalan seperti dirancang,” katanya.

Terdahulu, Nanta dalam ucapannya berkata insentif pengurangan kompaun menerusi Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang dilaksanakan bagi tempoh bermula 1 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022 akan dilanjutkan untuk empat bulan lagi.

“Menyelami kesukaran komuniti perniagaan yang rata-rata masih bergelut untuk kembali bangkit daripada kesan pandemik COVID-19, SSM mengambil langkah melanjutkan insentif ini untuk empat bulan lagi berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 hingga 31 Okt 2022.

“Bersandarkan insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus daripada nilai asal kompaun yang ditawarkan mengikut Akta 125. Mengikut rekod semasa, sebanyak 1,578 syarikat menikmati pengurangan kompaun sejak inisiatif ini diperkenalkan,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Kertas siasatan berhubung perhimpunan #Turun sudah siap
July 28, 2022· Isu semasa
Subsidi minyak botol, isu doktor kosmetik antara tumpuan Dewan Rakyat
July 25, 2022· Isu semasa
Harga model Perodua Alza baharu bermula pada RM62,500
July 20, 2022· Isu semasa
KPDNHEP serbu dua premis jual minyak masak dalam talian
July 4, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
1 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
2 jam lalu · Isu semasa
Sukan Komanwel: Nur Dhabitah raih perak acara terjun
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok