Harga lantai tunai umrah RM6,900

October 17, 2021 · Isu semasa

Harga lantai untuk menunaikan ibadah umrah adalah RM6,900 bagi tempoh 12 hari dan 10 malam.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini berkata, penetapan kadar kos itu dicapai hasil perbincangan bersama persatuan khidmat pelancongan dan umrah.

Kata kementerian itu, kadar baharu berkenaan mengambil kira perkembangan semasa terutama berlaku peningkatan kos ekoran pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di pihak Arab Saudi dan Malaysia.

“Antara faktor yang mempengaruhi peningkatan kos adalah bilangan kapasiti di dalam bilik penginapan di Arab Saudi, kapasiti pergerakan pengangkutan yang membenarkan 50 peratus dari jumlah kapasiti sebenar, pengurusan mutawif serta ujian calitan Covid-19.

“Harga lantai ini akan disemak semula apabila wabak Covid-19 diisytiharkan berakhir dan keadaan sudah kembali normal selain kekangan SOP tidak lagi dilaksanakan Malaysia dan Arab Saudi,” kata kementerian dalam kenyataan, hari ini.

Kali terakhir kadar harga lantai kos ibadah umrah ditetapkan ialah pada tahun 2016 iaitu pada paras harga RM4,900.

Kenyataan itu berkata, harga lantai itu adalah panduan bagi pihak kementerian melaksanakan pemantauan terhadap industri umrah, manakala orang ramai boleh menjadikannya sebagai panduan dalam membuat pertimbangan untuk memilih syarikat mana yang sesuai dengan bajet mereka.

Justeru kementerian menasihatkan bakal jemaah mengambil langkah berhati-hati jika mendapati harga ditawarkan terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada yang ditetapkan bagi mengelak kes penipuan.

“Orang ramai boleh menghubungi pejabat MOTAC negeri atau melayari laman web rasmi kementerian bagi mengenal pasti syarikat yang dilesenkan,” kata kementerian itu.

Sementara itu, bagi menangani kes penipuan pakej umrah, kementerian mewajibkan syarikat yang dilesenkan perlu memohon kebenaran bagi mengiklankan promosi umrah.

Katanya, ia selaras dengan Peraturan 6(1A)(a), Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) iaitu pengendali pelancongan berlesen tidak boleh mengiklankan pakej yang ditawarkan tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan.

Kementerian turut mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) untuk membantu MOTAC merangka serta memperhalusi isu pengiklanan umrah ini.

“Berdasarkan sesi libat urus yang dijalankan, persatuan terbabit memahami dan menyokong inisiatif dilaksanakan MOTAC demi memelihara kepentingan Keluarga Malaysia dan juga pemain industri umrah itu sendiri.

“Sehingga kini, kementerian menerima 31 permohonan iklan. Setiap iklan yang diluluskan akan diberikan nombor siri khas iklan umrah yang perlu dipaparkan di iklan yang akan dipromosi.

“Ini bertujuan membantu kementerian mengenalpasti iklan haram pakej umrah,” katanya yang turut mengesahkan sebanyak 444 syarikat pengendali umrah berlesen berdaftar dengan MOTAC.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
10 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
10 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok