Harga kereta CKD dijangka naik hingga 20 peratus tahun depan

March 25, 2022 · Isu semasa

Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) dijangka meningkat lapan hingga 20 peratus pada 2023 berdasarkan perkiraan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais yang baharu.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata bagaimanapun pihak industri meminta kerajaan mengembalikan perkiraan lama bagi membendung kenaikan harga kereta CKD.

“Duti eksais tersebut ditangguhkan pada 2020 sehingga penghujung 2022, dan akan dijalankan semula bermula tahun hadapan.

“Kita (MAA) telah menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk kembali kepada polisi yang lama di mana hanya kos item bukan pembuatan sahaja dimasukkan dalam pengiraan OMV, yang akan mengurangkan harga kenderaan itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan MAA di sini, pada Jumaat.

Memetik Bernama beliau berkata OMV merupakan nilai akhir pasaran yang ditetapkan bagi kenderaan CKD yang siap dari kilang, sebelum kerajaan mengenakan duti eksais ke atasnya.

Perkiraan baru duti eksais Malaysia disediakan oleh MOF semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan telah diwartakan pada 31 Dis, 2019.

Aishah berkata sehingga kini MAA masih belum menerima maklum balas daripada pihak MOF.

Syarikat automotif tidak akan meningkatkan margin, namun peningkatan harga kereta adalah disebabkan kenaikan cukai, katanya.

“Pembeli yang akan terkesan dan ini sekali gus menyebabkan penjualan kereta akan berkurangan,” katanya.

Beliau berkata selain itu, MAA juga sedang menyiapkan draf rayuan kepada MOF bagi memohon lanjutan tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) memandangkan berlakunya kekurangan mikrocip.

Dalam pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah mengumumkan lanjutan tempoh pengecualian SST ke atas kenderaan sehingga 30 Jun, 2022.

Pengecualian SST bagi kenderaan diumumkan kali pertama pada Jun 2020 untuk tempoh sehingga Disember 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan kemudian ia dilanjutkan lagi sehingga 30 Jun, 2022.

Berita berkaitan
Harga petrol dan diesel kekal, tak turun dan tak naik
June 7, 2023· Isu semasa
RON97 naik dua sen, harga RON95 dan diesel kekal tak berubah
May 31, 2023· Isu semasa
Harga minyak petrol dan diesel kekal, tak turun dan naik
May 10, 2023· Isu semasa
Tak mungkin harga ayam naik mendadak lebih RM9.40 sekilo: Salahuddin
April 15, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok