Harga durian dijangka meningkat

May 14, 2022 · Isu semasa

Peminat durian terutama jenis premium seperti Musang King dan Duri Hitam bakal berdepan kenaikan harga sekali ganda pada musim durian tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata kenaikan itu adalah disebabkan pengeluaran ‘raja buah’ itu yang dijangka berkurangan hampir 50 peratus akibat faktor cuaca.

“Kita percaya musim hujan pada penghujung Mac ke April lepas memberikan kesan pada penghasilan debunga durian, yang sekali gus memberi impak kepada jumlah pengeluaran buah.

“Kita jangka faktor itu akan menyebabkan jumlah pengeluaran berkurangan hampir 50 peratus di sesetengah negeri,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pengkalan Umbai di Jasin, Melaka hari ini.

Katanya selain faktor cuaca, kos baja dan pekerja yang meningkat turut menjejaskan pengeluaran durian, malah lebih lewat berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Setakat ini Pulau Pinang dan Perak sudah mengakui jangkaan kekurangan pengeluaran durian hingga 50 peratus malah persatuan penanam durian juga memberi laporan kemungkinan harga durian pilihan utama iaitu Duri Hitam dan Musang King akan dinaikkan, di samping durian kampung,” katanya.

Menurutnya harga Duri Hitam dijangka mampu mencecah RM100 sekilogram manakala Musang King antara RM60 dan RM80 sekilogram mengikut gred, berbanding RM30 hingga RM40 sekilogram.

Beliau berkata penetapan had harga durian adalah di luar kawalan pihaknya dan bergantung kepada prinsip pengeluaran dan permintaan. – Bernama

Berita berkaitan
RON97 naik dua sen, harga RON95 dan diesel kekal tak berubah
May 31, 2023· Isu semasa
Harga minyak petrol dan diesel kekal, tak turun dan naik
May 10, 2023· Isu semasa
Tak mungkin harga ayam naik mendadak lebih RM9.40 sekilo: Salahuddin
April 15, 2023· Isu semasa
Tambang penerbangan sempena Aidilfitri, orang ramai mengeluh tiket terlalu mahal
April 5, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok