Harga beras import naik bulan depan : Mydin

June 23, 2023 · Isu semasa

HARGA beras import dijangka akan meningkat di pasaran antara RM1 ke RM2 bagi beras 10 kilogram bermula bulan depan susulan kelemahan ringgit dan kenaikan kos buruh serta tarif elektrik.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Ameer Ali Mydin berkata kenaikan itu membabitkan beberapa jenis beras antaranya beras putih import, beras basmathi dan beras wangi.

Bagaimanapun, kenaikan itu katanya tidak membabitkan beras tempatan yang tertakluk pada harga kawalan ditetapkan kerajaan.

“Pembekal telah maklumkan akan ada peningkatan harga antara RM1 ke RM2 untuk beras kampit 10 kilogram maknanya akan ada kenaikan lagi bermula bulan depan.

“Kenaikan harga ini sebenarnya bukan berlaku di Malaysia sahaja tetapi di kebanyakan negara. Di negara ini, puncanya adalah kelemahan ringgit dan kos tarif elektrik semakin mahal serta kos pekerja.

“Kalau kos meningkat, kita juga terpaksa naikkan. Beras import ini ada banyak jenis antaranya beras basmathi, beras wangi dan beras putih import yang mana ia dijual antara RM13 ke RM15,” katanya, lapor Sinar Harian.

Tambah Ameer, gelombang panas yang berlaku turut menjejaskan penuaian pada musim lepas menyebabkan kenaikan harga beras putih tempatan namun bekalan dijangka stabil menjelang September depan.

Katanya, kenaikan itu menyebabkan keuntungan peruncit berkurangan kerana pembekal menaikkan harga daripada RM12.50 kepada RM12.80 bagi beras putih tempatan iaitu ‘5% Super Spesial Tempatan’.

“Walaupun kos meningkat, kami terpaksa jual pada harga RM13 juga sebab beras tempatan tertakluk kepada harga kawalan.

“Peruncit seperti kami terbeban dengan kos tambahan ini menyebabkan kita tiada pilihan melainkan terpaksa menaikkan harga bagi menampung pertambahan kos,” jelasnya.

Berita berkaitan
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Kenaikan harga beras turut dirasai negara lain: Mat Sabu
October 11, 2023· Isu semasa
Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu
October 4, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok