Harga bahan makanan meningkat pada Februari, 203 barang harga naik: Perangkaan

March 24, 2023 · Isu semasa

Jabatan Perangkaan Malaysia mengeluarkan laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi bulan Februari 2023 kekal pada 129.8 atau 3.7 peratus.

Kumpulan makanan dan minuman bukan alkhohol yang menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan Indeks Harga Pengguna (IHP) merekodkan peningkatan 7.0 peratus (Januari 2023: 6.7 peratus).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata daripada 230 item makanan, sebanyak 203 item atau 88.3 peratus telah merekodkan kenaikan harga.

Beliau berkata komponen makanan di rumah yang menyumbang hampir 58 peratus daripada keseluruhan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol mencatatkan peningkatan lebih tinggi kepada 5.8 peratus berbanding 5.1 peratus pada Januari 2023.

Namun begitu, komponen makanan di luar rumah telah mencatatkan kenaikan yang lebih rendah 8.9 peratus berbanding Januari 2023 (9.3 peratus), tambahnya.

“Antara makanan di luar rumah yang mencatatkan peningkatan lebih perlahan adalah sate iaitu 9.9 peratus, nasi campur, 9.1 peratus; nasi ayam, 7.8 peratus dan masakan berasaskan daging, 7.3 peratus,” ujarnya.

Dalam pada itu, kenaikan inflasi di Malaysia pada Februari 2023 juga kekal didorong oleh restoran dan hotel (7.4 peratus) dan makanan dan minuman bukan alkohol (7.0 peratus).

Namun begitu, peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan pengangkutan iaitu 3.7 peratus berbanding Januari 2023 (4.0 peratus) sedikit sebanyak telah mengimbangi inflasi daripada terus meningkat.

“Selain itu, kenaikan inflasi di Malaysia turut didorong oleh kenaikan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.5 peratus) dan kesihatan (1.8 peratus),” katanya lagi.

Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan masing-masing merekodkan peningkatan 1.7 peratus, manakala pendidikan mengembang 1.6 peratus, kedua-dua minuman alkohol dan tembakau serta pakaian dan kasut, masing-masing meningkat sebanyak 0.8 peratus dan 0.4 peratus berbanding Februari 2022.

Beliau seterusnya berkata untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan meredakan inflasi makanan di luar rumah, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Menu Rahmah pada 31 Jan 2023.

“Bagaimanapun, hujan lebat berterusan sejak akhir Disember 2022 hingga Februari 2023 di beberapa negeri telah mendorong kepada kenaikan harga makanan, terutamanya sayur-sayuran.

“Kesan daripada perubahan monsun ini, inflasi bagi subkumpulan sayur-sayuran telah mencatatkan peningkatan ketara kepada 5.8 peratus berbanding 1.0 peratus pada Januari 2023,” katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata inflasi teras yang mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan, tanpa mengambil kira harga makanan segar yang tidak menentu serta harga barangan kawalan oleh kerajaan mencatatkan peningkatan lebih perlahan 3.9 peratus tahun ke tahun pada Februari 2023.

Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu 7.6 peratus, jelas beliau.

Selain itu, kumpulan restoran dan hotel turut mencatatkan kenaikan 7.4 peratus, diikuti oleh pengangkutan (6.2 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.9 peratus).

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Ringgit dibuka pada RM4.72 berbanding dolar, menyusut lagi
October 13, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok