Harga ayam tak diapung, kekal RM9.40 sekilogram

August 28, 2022 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju penetapan harga siling bagi ayam standard di pasaran tidak diapungkan, sebaliknya dikekalkan RM9.40 sekilogram.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata persetujuan itu dicapai sebulat suara Jemaah Menteri dua hari lalu.

“Perincian berhubung keputusan meneruskan penetapan harga siling bagi ayam standard di seluruh negara akan diumumkan lebih lanjut dalam pasca mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi esok (hari ini),” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi, hari ini.

Pada 30 Julai lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof, dilaporkan berkata mekanisme pelaksanaan harga siling ayam standard RM9.40 sekilogram di Semenanjung mungkin tidak akan diteruskan kerajaan selepas 31 Ogos, memandangkan bekalannya didapati semakin stabil hari demi hari.

Ini kerana, harga pasaran ayam bulat sekarang berada di bawah siling, malah terdapat penjual menawarkan harga serendah RM6.99 sekilogram.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan mengkaji semula penetapan harga siling ayam standard serta kebenaran mengeksport selepas 31 Ogos ini. – Bernama

Berita berkaitan
RON97 turun 10 sen, harga RON95 dan diesel kekal
September 7, 2022· Isu semasa
Kerajaan belum putuskan ubah peraturan sekat eksport ayam
August 8, 2022· Isu semasa
Harga model Perodua Alza baharu bermula pada RM62,500
July 20, 2022· Isu semasa
Ismail Sabri nafi subsidi ditarik balik, kerajaan sentiasa bantu rakyat
July 18, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
18 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
18 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
21 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok