Harga ayam dijangka RM10 sekilo

June 17, 2022 · Isu semasa

Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menjangkakan harga sekilogram ayam akan mencecah lebih RM10 selepas berakhirnya skim harga maksimum runcit dan pemberian subsidi kepada penternak pada 30 Jun ini.

Penasihat FLFAM Datuk Jeffery Ng Choon Ngee berkata penamatan kedua-dua insentif kerajaan sekali gus akan menyebabkan kos keseluruhan yang ditanggung penternak akan meningkat melebihi RM7 sekilogram selaras dengan peningkatan harga makanan ayam.

“Sekarang ini, harga sekilogram ayam adalah RM8.90 iaitu harga ayam segar dari ladang adalah RM5.60 sekilogram tetapi sekarang ini kami masih mendapat subsidi sebanyak RM1.40 bagi sekilogram ayam.

“Harga dedak hari ini satu beg lebih kurang RM130… paling murah. Satu kilogram dedak pula lebih kurang RM2.60. Ini hanya dedak sahaja dan bagi kira-kira 1.7kg ayam, kos dedak sudah lebih RM4 manakala anak ayam yang kami beli berharga RM2.30 hingga RM2.40 seekor,” katanya kepada pemberita di Melaka, hari ini.

Beliau berkata penternak bukan sahaja perlu menanggung harga pembelian anak ayam dan dedak, tetapi juga perlu mengambil kira kos lain seperti gaji, ubat vaksin dan elektrik.

Katanya justeru FLFAM berharap dapat melakukan perbincangan dengan kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi menentukan harga baharu ayam yang munasabah dan mengambil kira kepentingan rakyat serta penternak ayam di negara ini.

Jeffery Ng berkata perbincangan berkenaan penting bagi memastikan tiada pihak akan mengambil kesempatan terhadap penamatan kedua-dua insentif itu dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Semalam media melaporkan harga ayam dijangka naik pada bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, susulan jangkaan kenaikan harga ayam, Kementerian Kewangan (MOF) sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan, yang akan dimuktamadkan hujung bulan ini. – Bernama

Berita berkaitan
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Zahid bidas Rafizi selepas sindir UMNO akan cadang Lembaga Kambing pula
June 26, 2022· Politik
Subsidi 2022 terbesar dalam sejarah bagi ringankan beban rakyat, kata MOF
June 25, 2022· Isu semasa
Menteri UMNO tolak cadangan potong gaji, tak selesai harga barang naik
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
26 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
1 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
1 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
RM9.40 sekilogram harga siling baharu ayam mulai 1 Julai
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok