Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan

August 15, 2022 · Isu semasa

Konflik bersenjata yang berterusan di Eropah dan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) telah memacu harga alat ganti kenderaan di Malaysia, menurut peniaga automotif tempatan.

Presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia Lim Bee Choo berkata harga minyak enjin dan tayar juga meningkat, lapor The Star hari ini.

“Terdapat kekurangan alat ganti, terutama bagi kereta buatan Eropah. Ini menyebabkan harga meningkat kira-kira 25 peratus,” katanya dipetik sebagai berkata.

Lim menyatakan bahawa Russia telah menggantung bekalan tenaganya ke Eropah sebagai tindak balas kepada sekatan Kesatuan Eropah (EU), menyebabkan krisis kuasa di benua itu yang bermakna kilang tidak dapat beroperasi.

Menurutnya dasar sifar Covid-19 China, di mana sekatan ketat dikenakan di tempat yang mempunyai wabak, juga telah mengganggu bekalan alat ganti untuk kenderaan Jepun dan Korea Selatan.

“Banyak komponen untuk kereta buatan Jepun dan Korea Selatan dibuat di China. Jadi dasar sifar Covid ini menjejaskan bekalan,” katanya lagi.

Presiden Persatuan Usahawan Maju Automotif Malaysia Mohd Karim A Rahman menyatakan bahawa kenaikan harga alat ganti boleh mencapai 60 peratus, bergantung kepada apa yang perlu diganti.

Beliau berkata, bagi tayar, minyak enjin dan pelincir, harga secara amnya antara 10 dan 15 peratus.

“Harga minyak pelincir biasanya naik hanya dua peratus hingga tiga peratus setiap dua hingga tiga tahun, tetapi tahun ini harganya naik dua kali ganda,” katanya.

Disebabkan kenaikan harga yang besar, Mohd Karim berkata mekanik akan menyemak dengan pelanggan mereka dan mendapatkan pengesahan untuk meneruskannya sebelum membuat pesanan, yang sekali gus akan melambatkan penggantian.

“Biasanya, ia akan mengambil masa kira-kira seminggu untuk kami menempah alat ganti daripada pembekal kami.

“Tetapi pada masa ini, ia akan mengambil masa sebulan untuk alat ganti itu sampai,” katanya kepada akhbar itu, sambil menambah bahawa harga akhirnya akan ditanggung oleh pelanggan sendiri .

Mohd Karim turut menasihati pemilik kenderaan supaya berhati-hati dengan membeli alat ganti secara dalam talian yang mungkin lebih murah berikutan kualitinya yang meragukan.

Berita berkaitan
Harga minyak petrol RON97 naik 10 sen seliter
September 20, 2023· Isu semasa
Rafizi pertahan langkah kerajaan tak turun harga minyak, elak rakyat terjejas
July 31, 2023· Politik
Harga petrol tak turun RM1.50, kekal pada harga semasa
July 19, 2023· Isu semasa
Sampai bila rakyat nak kena ikat perut bila harga barang naik? soal Gerakan
July 12, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
19 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
19 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok