Hapus hutang peneroka Felda RM8.3 bilion bukan kerana desakan UMNO

March 6, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan tindakan beliau menghapuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion dan membeli balik saham-saham FGV, bukan disebabkan desakan UMNO sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya usaha yang dilakukan PN ketika beliau menjadi Perdana Menteri adalah sesuatu yang luar biasa kerana kerajaan ketika itu memikirkan soal rakyat, termasuk menghapuskan hutang Felda.

“Tidak perlu bayar hutang RM8.3 bilion. Ada pula orang UMNO kata… ini kalau tak desakan UMNO dah tentu dia tak akan bagi macam itu.

“Desakan UMNO apa? Waktu awak (UMNO) jadi kerajaan siapa tak desak awak? Kenapa awak tak buat? Bila saya buat awak kata saya didesak… kan bodoh punya fikir itu.

“Saya kalau nak fikir balik kenapa baghal sangat macam itu, fikir logik. Biarlah cakap yang betul. Bila kita buat yang betul kata betul. Jangan kerana politik kata ini tak betul. Saya tak begitu… yang betul… betul yang tak betul… tak betul,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program santai bersama penduduk bertempat di Kompleks PAS Batu Pahat, di Kampung Sungai Tongkang Darat, Rengit, malam tadi, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan 12 Mac ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata ketika Kerajaan PN memerintah, tidak sampai setahun telah berjaya mengambil balik 82 peratus saham Felda Global Venture (FGV), yang sebelum ini disenaraikan ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

“Saya kata… terbitkan bon, sukuk iaitu pinjaman Islam dan dapat kumpul RM9.9 bilion untuk membantu dan memulihkan semula Felda.

“Mengambil balik apa yang hilang daripada Felda dan menyerahkan semula kepada peneroka Felda. (Tapi) dikatakan tidak hebat. Kalau hanya tempoh setahun kenapa UMNO tak buat dulu? (Atau UMNO) tidur… tak buat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata apabila Kerajaan PN melaksanakan langkah menghapuskan hutang dan mengeluarkan sukuk untuk membantu Felda dalam tempoh tidak sampai setahun, tiba-tiba orang UMNO mendakwa mereka yang membuat desakan.

“Bila kita selesai hanya dalam setahun, sebenarnya bukan sampai setahun pun… selesai. Dapat pinjaman RM9.9 bilion… setiap tahun kurang-kurangnya hampir RM1 bilion digunakan untuk pulihkan Felda… supaya peneroka Felda dapat balik mana yang telah kehilangan dulu,” jelas beliau lagi.

Menurutnya beliau sebelum ini bersama-sama peneroka Felda dan pegawai agensi itu sendiri tidak bersetuju terhadap penyenaraian FGV di bursa saham.

“Najib arah senaraikan juga… tak tahu apa yang dia dapat di belakang… wallahualam. (Kemudian) rugi. Pada RM4 lebih, sekarang tinggal RM1.20.

“Tetapi dengan langkah yang saya ambil, kita ambil balik saham-saham itu… sekarang kita sudah kawal 82 peratus dan serah balik FGV kepada peneroka Felda dan Felda sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap bangsa Johor yang akan membuat pemilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac ini memberi peluang kepada PN untuk mentadbir negeri itu.

Apa yang dilakukan PN, kata Muhyiddin adalah demi untuk masa depan dan kebaikan rakyat, bukan sahaja di Johor malah di seluruh negara.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok