Happy Hypoxia pembunuh senyap pesakit Covid-19, pantau sebelum terlewat

September 26, 2021 · Isu semasa

Happy Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera, ia berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

Melihat situasi Covid-19, ramai pengamal perubatan mencadangkan agar pesakit Covid-19 yang berada dalam fasa kuarantin di rumah memiliki alat oksimeter nadi.

Sementara itu, Pakar Kualiti Urusan Perubatan, Hospital Pantai Pulau Pinang, Dr Chung Wai Keat turut berkongsi pendapatnya mengenai isu ini.

Dr Wai Keat memberitahu, organ-organ yang paling terjejas jika diserang hipoksia ialah otak, jantung dan hati.

“Sekiranya Happy Hypoxia itu berada pada tahap kronik, kerosakan tidak dapat dipulihkan.

“Lebih parah, ia akan menyebabkan koma dan sawan. Selain itu, ia juga boleh mengundang kematian. Begitu juga dengan Happy Hypoxia ringan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada organ-organ utama badan,” tambah beliau yang menyatakan betapa seriusnya masalah Happy Hypoxia.

Ekoran itu, ramai pengamal perubatan mencadangkan agar pesakit Covid-19 yang berada dalam fasa kuarantin di rumah menyediakan alat oksimeter nadi.

Menurut beliau, ia merupakan gajet paling penting untuk memberitahu seseorang tentang kadar kepekatan oksigen dalam darahnya.

“Kepekatan oksigen dalam darah disukat dalam unit SpO2. Bacaan normal SpO2 adalah antara 95 ke 100 peratus. Kepekatan oksigen yang bagus adalah penting supaya otot-otot dan sel badan dapat bekalan oksigen yang mencukupi,” ujarnya.

Justeru, pada peringkat ini, bagi mencegah kematian disebabkan fenomena Happy Hypoxia itu, adalah signifikannya memiliki alatan berkenaan.

“Sekali lagi, saya mahu ingatkan agar pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah perlu mempunyai oksimeter nadi bagi merekodkan paras oksigen masing-masing.

“Jika paras (oksigen) anda menunjukkan kurang daripada 95 peratus, segeralah hadir ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bantuan bekalan oksigen. Ingat, pengesanan awal gejala Happy Hypoxia boleh mengelakkan kematian secara senyap dalam kalangan pesakit Covid-19,” katanya.

Justeru katanya, setiap orang digalakkan menyimpan ‘Pulse Oxymeter’ yang  merupakan alat untuk menghitung kadar oksigen di dalam darah di rumah.

“Penggunaannya sangat mudah.  Tanggalkan pewarna kuku atau pengilat kuku. Kemudian  hangatkan tangan anda.  Berehat selama sekurang-kurangnya  lima minit sebelum mengambil bacaan anda. Rehatkan tangan anda di dada anda di peringkat jantung. Kemudian, letakkan pada jari tengah atau telunjuk anda di oximeter.

“Jika anda mengalami  masalah kekurangan oksigen dan kesukaran pernafasan yang teruk atau  serangan   kardiopulmonari, segera dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan bukan hospital pilihan,” ujarnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP
September 26, 2021
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
17 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
18 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok