[KEMAS KINI] Hanya tinggal 982 pesakit Covid-19 di ICU

August 27, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 339 pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, turut sedikit berbanding kes kematian tertinggi yang dicatatkan semalam sebanyak 393 pesakit.

Jumlah kematian dalam tempoh itu turut membabitkan 50 pesakit rakyat asing. Selain itu, 99 kes meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID) yang turut melibatkan 25 warganegara asing, turut dilaporkan dalam tempoh itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan kumulatif keseluruhan kematian sejak pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu meningkat kepada 15,550 kes.

Beliau berkata dalam tempoh 24 jam itu juga 21,877 pesakit disahkan sembuh menjadikan keseluruhannya 1,381,668 pesakit sembuh daripada 1,662,913 individu yang dijangkiti.

“Sebanyak 265,695 kes masih aktif. Daripada jumlah itu, 982 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 470 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Jumlah kes sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari 27 Ogos 2021.

Terdahulu beliau memaklumkan sebanyak 22,070 lagi jangkitan baharu dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam itu dengan tujuh negeri mencatatkan peningkatan. Ini termasuk 3,230 pesakit bukan warganegara Malaysia.

Katanya, daripada keseluruhan kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 412 kes atau 1.9 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala 21,658 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 17,029 kes (77.2 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya.

Mengenai kadar kebolehjangkitan, beliau berkata, berdasarkan data terkini pada 26 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.02.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.23), diikuti oleh Sarawak (nilai1.20), dan Sabah (nilai RT 1.19). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 28 kluster baharu, menjadikan keseluruhannya 4,611 kluster dengan 3,144 telah ditamatkan dan 1,467 lagi masih aktif.

Katanya 15 daripada kluster hari ini dikesan dalam komuniti, tempat kerja (12) dan satu kluster pusat tahanan di Kuala Selangor, Selangor.

“Tujuh daripada kluster komuniti dikesan di Sarawak, Kelantan (lima), dan masing-masing satu di Terengganu, Pahang dan Johor.

“Empat kluster tempat kerja pula dikesan di Pulau Pinang, Selangor (tiga), masing-masing dua di Sarawak dan Pahang, dan satu di Johor,” katanya.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
21 minit lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
2 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
2 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
2 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok