Hanya satu syarikat dibenarkan import telur dari India, kata Mat Sabu

March 1, 2023 · Isu semasa

Kebenaran mengimport telur dari india hanya diberikan kepada satu syarikat sahaja, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu mendedahkan kerajaan sudah memberikan kebenaran kepada satu syarikat untuk pengimportan telur dari India tetapi tidak mendedahkan nama syarikat tersebut walaupun dipersoalkan semasa sesi sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini.

“Syarikat tersebut diberikan kebenaran berdasarkan pengalaman mereka membawa masuk telur dari India ke Qatar bagi memenuhi keperluan ketika penganjuran Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Parlimen.

Beliau menjawab persoalan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berhubung syarikat yang mendapat permit mengimport telur dari India dan tempoh permit.

Mohamad berkata, langkah mengimport telur dari negara itu bersifat sementara bagi memenuhi permintaan.

“Kawalan biosekuriti yang ketat dikenakan di mana setiap konsainan perlu menjalani ujian Hold Test Release (HTR) di pintu masuk bagi memastikan telur yang diimport bebas daripada patogen Selsema Burung (HPAI), Newcastle Disease (ND) dan Salmonella,” katanya.

Wan Saiful juga bertanya mengenai jumlah keseluruhan telur dikeluarkan secara tempatan bermula 2018 hingga Februari lalu.

Mohamad berkata, sejumlah 13.4 bilion dikeluarkan pada 2018, 10.9 bilion (2019); 12.9 bilion (2020); 13.6 bilion (2021), dan 13.3 bilion pada 2022.

Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, beliau berkata, sebanyak 2.4 bilion telur dikeluarkan.

“Puratanya, Malaysia memerlukan 11.6 bilion setahun bagi memenuhi permintaan domestik dengan kadar penggunaan purata 986 juta telur sebulan,” katanya.

“Rekod pengeluaran jelas menunjukkan ia mencukupi untuk keperluan domestik setiap tahun dan terdapat lebihan untuk Malaysia mengeksport ke luar negara.”

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
17 jam lalu· Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
19 jam lalu· Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
19 jam lalu· Politik
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
9 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
9 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
10 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
12 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok