Hanya kerana seorang pesakit rentas negeri, 29 lain mati di Sarawak

May 8, 2021 · Isu semasa

Larangan rentas negeri jangan diambil remeh, seorang pesakit positif Covid-19 yang merentas negeri dari Johor ke Sarawak pada Januari lalu menjadi punca kepada kematian 29 orang dan menjangkiti 2,693 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tindakan kerajaan melarang rentas negeri adalah wajar, mengambil contoh kes indeks di Sarawak yang berlaku apabila seorang pesakit pulang untuk melawat ayahnya yang meninggal dunia menjadi punca kepada penyebaran berleluasa di negeri tersebut.

“Ia juga mengakibatkan 29 kematian dan menjangkiti 58 rumah panjang lain. Ini yang kita bimbang jika rentas negeri atau daerah,” katanya pada sidang media hari ini.

Justeru, beliau melahirkan kebimbangan jika pergerakan rentas negeri atau daerah dibenarkan, ia pasti akan mewujudkan jangkitan dalam komuniti.

Ujarnya, pesakit tersebut disahkan negatif ketika ujian saringan, sebelum berlepas ke negeri Bumi Kenyalang itu namun disahkan positif kemudiaannya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata KKM menjangkakan kes baharu COVID akan melebihi 5,000 kes sehari, menjelang akhir Mei.

Jelasnya, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian setakat semalam untuk seluruh negara adalah 1.10.

Mengulas mengenai kematian akibat pandemik itu setakat semalam, beliau berkata 85 peratus iaitu 1,390 kematian di negara ini melibatkan warga emas berumur 50 tahun ke atas sementara 64 peratus (1,045) membabitkan golongan lelaki.

“18 peratus meninggal dunia di luar hospital manakala 89 peratus mempunyai penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Sebanyak 87 peratus kematian berada pada tahap empat dan lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham menjelaskan kematian yang berlaku dari Januari hingga Mei tahun ini adalah 1,161, jauh lebih banyak, jika dibandingkan dengan 471 kematian sepanjang 2020.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok