Hanya Jho Low boleh jelaskan wang SRC dalam akaun Najib

April 7, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini diberitahu hanya ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low boleh menjelaskan mengapa dana SRC International Sdn Bhd dimasukkan ke akaun bank Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan Bernama, peguam bekas perdana menteri itu Harvinderjit Singh berkata demikian ketika ditanya oleh Hakim Datuk Abdul Karim mengenai mengapa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun Najib.

Abdul Karim: Mengapa wang RM5 juta dan RM27 juta dimasukkan ke akaun Najib?

Harvinderjit: Hanya Jho Low yang dapat menjawab perkara itu. Namun, kami boleh maklumkan kepada mahkamah bahawa wang RM27 juta itu dimasukkan ke dalam akaun Najib kerana Joana Yu Ging Ping (bekas pengurus perhubungan AmBank) memberitahu baki dalam akaun tidak mencukupi.

Abdul Karim yang mendengar rayuan itu bersama-sama para hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin, juga bertanya kepada Harvinderjit tentang penglibatan Jho Low dalam SRC International memandangkan lelaki itu tidak mempunyai jawatan dalam syarikat terbabit pada masa berkenaan.

Abdul Karim: Jho Low (bukan) pegawai dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan SRC. Bila Jho Low terlibat? Namun, kamu beritahu Jho Low memberi arahan kepada Joana Yu, yang beliau berhubung dengan Jho Low. Tiba-tiba sahaja Jho Low timbul?

Harvinderjit: Sebab Jho Low disebut ialah kerana cek. Jho Low boleh pindahkan wang keluar daripada SRC menerusi bekas Pengarah SRC Terence Geh.

Abdul Karim: Adakah kamu mengatakan bahawa arwah Datuk Azlin Alias (bekas ketua setiausaha sulit Najib) tidak ada kena mengena dengan perkara itu? Semuanya dilakukan oleh Jho Low?

Harvinderjit: Ya.

Azlin meninggal dunia dalam nahas helikopter pada April, 2015.

Harvinderjit juga menghujahkan bahawa Jho Low terlibat dalam jejak kewangan berbelit itu yang melibatkan akaun SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB), Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) dan Najib.

Beliau berkata, Jho Low serta beberapa individu lagi terlibat dalam pemindahan wang membabitkan akaun Najib, dan bekas perdana menteri itu tidak mengetahui tentangnya.

“Mengapa perdana menteri dengan sengaja mengambil wang daripda sebuah syarikat berkaitan kerajaan dan memasukkan wang itu dalam akaun beliau?” katanya.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan membabitkan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Pendengaran rayuan itu bersambung.

Berita berkaitan
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
July 2, 2022· Politik
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
July 1, 2022· Isu semasa
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Popular
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
2 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
2 jam lalu · Isu semasa
Isu harga barang, PM bidas pembangkang fitnah kata kerajaan tak peduli
2 jam lalu · Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok