Hanya dua wakil isi rumah dibenar keluar beli bekalan keperluan

May 30, 2021 · Isu semasa

Hanya dua wakil isi rumah dibenarkan keluar bagi mendapatkan bekalan keperluan asas, sepanjang pelaksanaan ‘Total Lockdown’ yang bermula 1 Jun (Selasa) sehingga 14 Jun.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata syarat tersebut adalah sama yang dikenakan kepada orang ramai seperti pelaksanaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1.0 Mac 2020 dimana hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk keluar bagi membeli barang keperluan asas dalam sebuah kereta.

“Langkah itu bertujuan mengelakkan pergerakan rakyat dalam jumlah yang ramai,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, bagi pesakit yang memerlukan perkhidmatan untuk membeli ubat dan perkhidmatan jagaan kesihatan, seramai tiga orang dibenarkan untuk keluar tetapi dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat paling hampir dengan kediaman.

Ismail Sabri juga berkata bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing pula dihadkan kepada dua orang sahaja termasuk pemandu dan penumpang yang disyaratkan untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang.

“Perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat seperti pengangkutan pekerja, bas henti-henti, bas ekspres, LRT, MRT, ERL, Monorel, feri dan lain-lain pengangkutan awam dibenarkan beroperasi berdasarkan 50 peratus kapasiti kenderaan,” katanya lagi.

Bagaimanapun kata Ismail Sabri, waktu operasi dan frekuensi pengangkutan awam berkenaan tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan kecuali pesawat.

Sementara itu, kapasiti kehadiran bagi anggota Perkhidmatan Awam terhad kepada 20 peratus bagi tugasan perlu (tidak termasuk barisan hadapan, anggota keselamatan dan pertahanan) dan 100 peratus secara bekerja dari rumah (BDR) bagi bukan perkhidmatan perlu.

Manakala kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 60 peratus, katanya.

Berita berkaitan
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
39 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok