Hanya cakap Najib ‘yang benar’ tapi tiada bukti, sindir Dr Mahathir

August 30, 2022 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas Datuk Seri Najib Razak, yang kini sedang menjalani hukuman penjara, kerana tidak menerima bahawa dia telah terbukti bersalah di mahkamah.

“Satu lagi kejayaan Najib menukar budaya dan nilai hidup Melayu ialah berkenaan menolak bukti yang jelas dan menerima kenyataan yang tidak berasas.

“Selama empat tahun Najib dibicara di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, berasas dokumentasi dan cek yang didedah berkenaan duit SRC (anak syarikat 1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaun Najib dalam Ambank dan dibelanja olehnya kononnya tidak benar.

“Dia tidak tahu akan adanya duit ini. Dia belanja duit tanpa mengetahui adanya duit ini. Jika ada duit ini, ia adalah sumbangan dari Raja Arab. Apa bukti? Tidak perlu.

“Percaya sahajalah dakwaan Najib. Bukti tidak perlu. Bukti adalah penipuan. Tanya AG. Najib tidak salah,” katanya dalam tulisan terbaharu di blog beliau chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir juga berkata bagi Najib, segala yang ditulis hakim adalah tidak benar kerana mendakwa hakim itu mempunyai konflik kepentingan dan berat sebelah.

“Puluhan saksi memberi maklumat akan kesalahan Najib. Dokumen dan bukti lain dipamer. Hakim menulis 800 muka surat berkenaan yang didedah oleh saksi, bukti, hasil siasatan.

“Bagi Najib semua yang dicatit oleh hakim tidak benar. Hakim ada conflict of interest. Hakimnya berat sebelah.

“Yang benar ialah penafian oleh Najib, oleh anaknya dan peguam upahannya. Sembilan orang hakim, tiga mahkamah, bicara empat tahun, semua tidak betul, fitnah,” kata bekas Perdana Menteri Malaysia dua kali itu.

Mahathir berkata Najib tidak mempunyai bukti tuduhannya bahawa beliau mempunyai berbilion-bilion wang di Switzerland dan Taiwan dan anak-anaknya menjadi bilionair ketika beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

“Yang benar ialah Mahathir memiliki duit berbillion. Duit ini ada di Switzerland dan Taiwan. Apa bukti? Bukti tidak perlu. Najib tahu. Percayalah sahaja.

“Yang benar ialah semua anak Mahathir menjadi billionaire semasa Mahathir jadi Perdana Menteri. Apa bukti. Tidak ada. Tetapi Najib tahu.

“Ada surat dari Mahathir kepada Kementerian Kewangan. Mana dia surat ini. Ada pada Najib. Tunjuk. Tunggu. Akan ditunjuk. Percaya sahajalah. Bukti tidak perlu,” katanya.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan Mahkamah Tinggi terhadap Najib berhubung kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd – syarikat berkaitan 1MDB dan kerajaan.

Najib menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia pertama yang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, dan masih mempunyai puluhan lagi tuduhan jenayah.

Berita berkaitan
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
5 jam lalu· Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023· Politik
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
June 9, 2023· Politik
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Popular
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
23 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok