64 peratus projek besar di Pulau Pinang sangkut EIA

October 26, 2022 · Isu semasa

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengesahkan hanya 36 peratus projek berskala besar di negeri itu yang mematuhi laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Pengarahya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata angka premis atau projek tertakluk di bawah aktiviti Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 yang tidak mematuhi EIA itu agak tinggi termasuk projek kuari.

“Daripada 85 premis atau projek yang aktif dengan kerja-kerja di lapangan sedang berlangsung kita didapati hanya 36 peratus iaitu 31 pemeriksaan (projek) mematuhi EIA.

“Sebanyak 64 peratus atau 54 pemeriksaan (projek) tidak mematuhi EIA dan jumlahnya agak tinggi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar ‘EIA Role In Sustainable Development’ sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Pulau Pinang di Seberang Jaya, hari ini lapor Sinar Harian.

Menurutnya, antara pelanggaran EIA yang dikesan dilakukan pemaju adalah gagal memastikan projek dilaksanakan mematuhi peraturan ditetapkan dari segi pengurusan kualiti udara, air dan buangan terjadual.

Katanya, sekiranya pelepasan air dibuat tanpa mengikut syarat dan tidak membuat kawalan hakisan serta kelodak di tapak, ia boleh mengakibatkan bencana alam seperti banjir.

Dalam pada itu, Sharifah Zakiah berkata pihaknya telah mengeluarkan 23 kompaun, 16 notis arahan dan tujuh tindakan mahkamah.

Katanya, secara keseluruhan JAS negeri telah menjalankan 1,265 pemeriksaan penguatkuasaan ke atas premis termasuk projek yang mendapat kelulusan EIA dari awal tahun ini hingga Isnin lalu.

Daripada penguatkuasaan keseluruhan yang dijalankan itu, sebanyak 743 pemeriksaan (58 peratus) patuh manakala 522 pemeriksaan (42 peratus) tidak patuh.

 

Berita berkaitan
Semasa kempen PRN, MB Selangor umum batal projek bina PJD Link
July 31, 2023· Isu semasa
NGO Pulau Pinang tolak cadangan PMX supaya projek tambak dikecilkan
May 7, 2023· Isu semasa
Kenapa PMX tak hiraukan suara bantahan rakyat, kata Gerakan
April 29, 2023· Politik
Boleh dengar janji PMX, tapi kami belum percaya: Persatuan Nelayan
April 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok