Hanya 2.5 peratus sahaja hutang negara adalah pinjaman luar: Tengku Zafrul

August 26, 2022 · Isu semasa

Dakwaan Malaysia banyak berhutang dengan negara jiran, Indonesia adalah tidak betul dan hanya 2.5 peratus sahaja hutang negara adalah pinjaman luar, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata 2.5 peratus hutang negara tersebut adalah pinjaman dari pelbagai institusi dan pelabur asing dari seluruh dunia, antaranya dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, China dan Singapura, lapor Bernama.

“Jadi, 2.5 peratus pinjaman asing ini, takkan Indonesia mahu ‘tapau’ semua. Ia memang tidak logik.

“Sebanyak 97.5 peratus hutang negara adalah pinjaman dalam negara,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman twitternya, hari ini.

Tengku Zafrul menjelaskan cara kerajaan meminjam tidak seperti cara individu meminjam daripada rakan mereka.

”Antara cara kerajaan membuat pinjaman ialah melalui terbitan bon. Selepas itu, kita buat bidaan. Para pelabur akan membuat bidaan kadar pulangan atau hasil serta jumlah yang ingin dilanggan.

“Pelabur yang membuat bidaan kadar pulangan yang paling rendah berserta jumlah pinjaman yang paling tinggi akan dipilih,” katanya, sambil menegaskan amat jarang untuk kerajaan membuat pinjaman secara terus dari negara lain.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023· Isu semasa
Laporan Ketua Audit: Pinjaman 1MDB sehingga 2022 berjumlah RM18.17 bilion
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
18 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
6 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok