Hanya 14 pesakit meninggal semalam

Sebanyak 118 pesakit dilaporkan meninggal dunia semalam menjadikan kumulatif sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 26,683 kes.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah itu termasuk kes tertunggak, sedangkan pesakit yang meninggal dunia pada Ahad, 3 September 2021 hanya 14 orang.

Secara keseluruhan sejak penularan Covid-19 di Malaysia awal tahun lalu sehingga semalam, tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan angka kematian empat angka.

Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi membabitkan 9,393 kes, diikuti Johor dengan 3,344 kematian; Kuala Lumpur (2,499); Sabah (2,265); Kedah (1,873); Pulau Pinang (1,404); dan Negeri Sembilan (1,198).

Perak pula merekodkan 903 kematian keseluruhan; Sarawak (882); Melaka (857); Kelantan (836); Pahang (595); Terengganu (386); Labuan (149); Perlis (77); dan Putrajaya (22 kematian)

Sementara itu, KKM juga memaklumkan sehingga semalam jumlah kes aktif terus turun kepada 150,317 kes berbanding 155,350 yang dicatat pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, seramai 123,413 pesakit menjalani kuarantin di rumah, turun lagi berbanding 128,350 yang dicatat kelmarin, manakala 17,137 pesakit lagi sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di seluruh negara.

Sementara itu sehingga semalam juga 8,907 pesakit sedang dirawat di hospital seluruh negara, meningkat berbanding 8,495 pesakit yang dilaporkan sehingga Sabtu.

Daripada jumlah yang dirawat di hospital, Selangor merekodkan 1,693 pesakit; Johor (1,232); Sarawak (1,031); Sabah (954); Kelantan (793); Perak (726); Pulau Pinang (494); Kedah (384); Pahang (374); Terengganu (298); Kuala Lumpur (283); Negeri Sembilan (227); Melaka (191); Perlis (163); Putrajaya (64 pesakit).

Sementara itu, seramai 860 pesakit, termasuk 478 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, masih dirawat di unit rawatan rapi di seluruh negara.

Daripada jumlah itu 146 pesakit dirawat di Selangor; Sabah (117); Sarawak (103); Perak (90); Pulau Pinang (86); Johor (71); Kedah (68); Kelantan (63); Kuala Lumpur (29); Terengganu (24); Melaka (23); Pahang (22); Negeri Sembilan (sembilan); Perlis (enam); Putrajaya (dua); dan Labuan (satu).

BERITA BERKAIT
POPULAR