Hanya 10,681 calon SPM 2021 tidak duduki peperiksaan

June 17, 2022 · Isu semasa

Hanya seramai 10,681 calon tidak hadir untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, demikian menurut Lembaga Peperiksaan (LP), lapor Bernama.

LP, dalam kenyataan semalam, menjelaskan seramai 9,037 orang (2.30 peratus) yang tidak hadir terdiri daripada calon sekolah Kementerian Pendidikan, sekolah agensi kerajaan, sekolah menengah agama negeri, sekolah swasta dan calon sekolah menengah agama rakyat.

Selain itu, LP memaklumkan,1,644 atau 0.42 peratus adalah calon persendirian.

“LP berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar berkenaan jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan SPM 2021,” menurut kenyataan itu.

Bagi tujuan analisis keputusan SPM 2021, hanya 392,837 daripada 407,097 calon berdaftar diambil kira untuk tujuan analisis keputusan peperiksaan itu.

LP menjelaskan 392,837 calon itu adalah mereka yang mendaftar kali pertama dan mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 382,156 atau 97.28 peratus calon sekolah dan calon persendirian hadir menduduki peperiksaan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya akan menganalisis punca hampir 25,000 calon SPM 2021 tidak menduduki peperiksaan itu.

Bagaimanapun, jumlah itu adalah kesilapan fakta.

Berita berkaitan
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
June 30, 2022· Politik
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Zahid, Najib pada mulanya tak sokong Ismail Sabri jadi calon PM
June 27, 2022· Politik
Gagal berkali-kali jadi PM, PH tetap masih calonkan Anwar
June 20, 2022· Politik
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
6 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
15 minit lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
16 minit lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
20 minit lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
26 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok