Hampir sejuta kanak-kanak terima dos pertama vaksin Covid-19

March 3, 2022 · Isu semasa

Hampir sejuta atau seramai 929,733 atau 26.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan 3 Februari 2022 lalu.

Daripada jumlah itu seramai 25,016 kanak-kanak menerima suntikan itu semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawangnya CovidNOW hari ini.

Berdasarkan statistik yang ditunjukkan dalam laman sesawang itu, PICKids di Kelantan dan Terengganu masih di bawah kadar 10 peratus, sementara Sarawak yang tertinggi dengan catatan 50.1 peratus.

Sementara itu, 14,810,832 atau 62.9 peratus individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak sejak Program Imunisasi Covid-19 Dos Penggalak (PICK-B) bermula secara rasmi pada 1 Oktober 2021 lalu.

Manakala sejak 24 Februari tahun lalu hingga semalam, seramai 22,951,398 atau 97.5 peratus populasi dewasa Malaysia telah lengkap divaksinasi, dan 23,231,225 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pada masa sama, sejak 8 September tahun lalu hingga semalam pula seramai 2,802,265 atau 90.1 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 2,898,437 atau 93.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari 2021 lalu hingga semalam, sebanyak 67,416,313 dos telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, seramai 25,753,663 atau 78.9 peratus populasi telah lengkap divaksinasi, manakala 27,059,395 atau 82.9 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Utamakan keselamatan, kesihatan anak musim perayaan
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok