Hampir 50 peratus kanak-kanak terima dos pertama vaksin Covid

June 19, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 13,088 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga di bawah 12 tahun semalam (Sabtu, 18 Jun 2022) menjadikan keseluruhannya lebih 3.02 juta dos diberikan kepada golongan itu sejak 3 Februari lalu.

Daripada jumlah itu sebanyak 12,526 kanak-kanak menerima dos kedua semalam, menjadikan keseluruhannya seramai 1,286,790 atau 36.2 peratus daripadanya telah lengkap divaksinasi.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan seramai 1,737,117 atau 48.9 peratus lagi golongan itu menerima dos pertama.

PICKids berakhir 31 Mei lalu, namun, semalam Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyambung semula program berkenaan jika mendapat permintaan khas daripada ibu baoa.

“Kita tidak akan buka dan sekiranya ada permintaan khas, ia (PICKids) dibuat sempena pengiktirafan Minggu Imunisasi Kebangsaan yang diadakan di Sabah untuk diberikan kepada mereka yang belum mencapai umur lima tahun sehingga hujung tahun ini serta mereka yang tidak mendapat suntikan vaksin kerana dijangkiti Covid-19,” katanya.

Sementara itu, seramai 2,911,664 atau 93.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap menerima dua dos vaksin, manakala 3,002,515 atau 96.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak PICK dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam, lebih 62.19 juta dos vaksin telah diberikan kepada individu dewasa, termasuk 16,127,292 atau 68.5 peratus daripada mereka telah menerima dos penggalak.

Selain itu, seramai 23,001,194 atau 97.8 peratus lagi individu dewasa menerima suntikan dos kedua, manakala 23,278,736 atau 99.0 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sejumlah 71,130,534 dos telah diberikan kepada populasi Malaysia, dengan 85.8 peratus daripadanya menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 83.3 peratus lagi menerima dua dos.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang di Sentul
June 25, 2022· Isu semasa
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
4 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok