Hampir 47,000 usahawan wanita sertai program Wanita Bangkit: Rina

August 27, 2022 · Isu semasa

Hampir 47,000 usahawan wanita berjaya memanfaatkan Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM yang dilancarkan sejak 1 September tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Beliau berkata jumlah itu amat memberangsangkan, terutama selepas peralihan negara daripada fasa pandemik ke endemik Covid-19.

“Wanita Bangkit@KPWKM lahir daripada situasi pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat termasuk golongan wanita dalam pelbagai aspek terutamanya kewangan.

“Inisiatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu dasar tiada sesiapa yang tertinggal dan untuk menyokong serta menjamin kehidupan golongan yang terjejas khususnya wanita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM di Sepang, Selangor, hari ini.

Katanya program itu sudah berjaya dimanfaatkan oleh seramai 46,426 usahawan wanita di seluruh negara.

Beliau berkata, program berkenaan terbuka kepada semua anggota masyarakat, termasuk wanita yang mencari pekerjaan serta menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

“Ia satu platform KPWKM untuk membantu wanita mendapat kerja dan mencebur diri dalam bidang keusahawan,” katanya.

Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM bertujuan membantu wanita dalam menghadapi cabaran pasca pandemik, ia terbahagi kepada dua kaedah iaitu menerusi sektor formal dan tidak formal.

Rina turut menasihatkan golongan wanita agar sentiasa bersemangat dalam menempuhi pelbagai cabaran selain berani untuk berdikari mencari sumber pendapatan.

Mengenai Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM, Rina berkata lebih 15,000 peluang pekerjaan pelbagai sektor ditawarkan oleh kira-kira 40 majikan sepanjang program sehari itu.

Katanya karnival itu memberi fokus kepada aktiviti penjanaan pendapatan dengan menghubungkan wanita kepada platform yang menawarkan peluang pekerjaan, perniagaan atau keusahawan.

“KPWKM ingin membuka seluas-luasnya peluang kerjaya kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan wanita. Melalui karnival ini juga ada sesi perkongsian tips dan nasihat daripada usahawan berjaya,” katanya.

Rina berkata KPWKM menyasarkan 59 peratus penyertaan wanita dalam pasaran kerja menjelang 2025. – Bernama

Berita berkaitan
Pekebun ditipu RM132,000 selepas ditawar kerja sambilan tidak wujud
November 10, 2023· Isu semasa
Siapa bantu rakyat masa pandemik? “Abah” jerit perwakilan Srikandi
March 10, 2023· Politik
Ramai sokong Rina Harun rampas Parlimen Sepang dari AMANAH
November 17, 2022· Politik
Skim untuk golongan muda ditawar PN mampu kurang beban kehidupan
November 15, 2022· Politik
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
21 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok