Hampir 46 peratus orang kaya di Malaysia tertunggak bayar hutang

June 30, 2022 · Isu semasa

Pandemik Covid-19 terbukti memburukkan lagi keadaan kewangan pengguna perbankan runcit di Malaysia dengan 50 peratus atau seorang daripada setiap dua pengguna mengalami impak negatif membabitkan pendapatan masing-masing.

Malah, menurut Laporan Jangkaan Pengguna Perbankan Pasca Pandemik RFI Global 2022 yang disediakan untuk FICO, kesan kewangan itu turut dirasai oleh golongan mewah di negara ini.

“Dalam kalangan pelanggan kaya dalam perbankan Malaysia, 43 peratus mencatat pendapatan yang berkurangan akibat pandemik manakala separuh daripada keseluruhan pelanggan runcit turut mengalami impak negatif.

“Hampir separuh daripada golongan kaya atau 46 peratus mengalami masalah pinjaman tertunggak iaitu hanya tiga peratus lebih rendah berbanding pasaran perbankan runcit yang meluas di Malaysia,” kata FICO.

Memetik Bernama, pendapatan yang terjejas itu menyebabkan dua daripada setiap lima orang kaya Malaysia berhasrat untuk mengurangkan perbelanjaan (40 peratus) sebagaimana tindakan yang ingin diambil oleh 39 peratus pelanggan perbankan runcit.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa persekitaran kewangan yang tidak menentu itu bagaimanapun tidak menghalang majoriti pelanggan perbankan runcit Malaysia yang berhasrat mengekalkan atau meningkatkan pelaburan masing-masing (77 peratus) dengan sebahagian besarnya merancang mengekalkan atau menambah simpanan (82 peratus) manakala ramai yang mempertimbang untuk menukar penyedia perbankan pada tahun ini.

FICO berkata peningkatan kecenderungan menukar penyedia pinjaman itu adalah yang tertinggi membabitkan golongan kaya atau mereka yang memiliki sekurang-kurangnya RM200,000 dari segi pegangan yang boleh dilaburkan.

“Di Malaysia, lima peratus daripada pelanggan perbankan runcit dan golongan kaya telah berbuat demikian pada 2021. Angka itu dijangka sekurang-kurangnya meningkat dua kali ganda pada tahun ini dengan 10 peratus daripada pelanggan runcit dan 14 peratus golongan kaya mahu berbuat demikian,” katanya.

Antara alasan utama yang diberikan oleh responden itu adalah perubahan persekitaran peribadi (31 peratus), konsolidasi atau penyatuan akaun yang mana mereka kini mempunyai akaun deposit (25 peratus), keinginan mendapatkan akses pilihan produk dan perkhidmatan pelaburan serta pengurusan kekayaan yang lebih baik (24 peratus) selain perubahan dari segi deposit gaji (21 peratus).

Laporan itu turut menunjukkan perubahan corak perbankan pengguna berikutan impak kewangan akibat pandemik.

Pengarah Kanan Penyelesaian Pengurusan Keputusan FICO bagi Asia Pasifik, Aashish Sharma berkata pandemik itu terbukti memburukkan lagi keadaan kewangan bagi pelanggan tanpa mengira kelas pendapatan masing-masing.

“Apabila tabiat meminjam dan perbelanjaan terjejas, pelanggan akan mencari jalan untuk meningkatkan kekayaan serta simpanan mereka. Oleh itu, bank-bank perlu lebih proaktif untuk mengenal pasti keperluan pelanggan dan mengutamakan pendekatan yang dapat meredakan kebimbangan kewangan selain memastikan produk mereka menepati kemampuan serta keperluan pembiayaan pelanggan.

“Pihak bank juga perlu memahami keperluan pelanggan secara lebih mendalam atau berisiko kehilangan mereka kepada pesaing dan penyedia alternatif.

“Usaha mengekalkan kepuasan pelanggan semata-mata juga tidak lagi penting sebaliknya pengalaman mereka perlu sentiasa dipertingkatkan. Langkah menjadikan aspek yang berteraskan pelanggan (sebagai keutamaan) adalah kunci untuk memastikan penyampaian pengalaman yang lebih khusus selain dapat mengekalkan pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh aspek penekanan ke arah digital, laporan itu menyatakan ramai responden Malaysia (47 peratus) masih mengutamakan aspek lokasi atau jarak cawangan dan mesin juruwang automatik sebagai penentu utama pemilihan penyedia perbankan selain kepentingan menyediakan perkhidmatan digital.

Sebanyak 72 peratus pelanggan perbankan runcit Asia Pasifik memilih produk teknologi kewangan berbanding pilihan menggunakan perkhidmatan utama bank mereka.

Jumlah itu adalah yang tertinggi di Malaysia (94 peratus) yang mana pelanggan mengakui berbuat demikian kerana mahukan kemudahan penggunaan, penjimatan masa serta proses permohonan yang lebih mudah, kata FICO.

Kaji selidik tersebut telah dijalankan pada 2021 oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas yang menepati standard industri dan melibatkan 1,003 golongan dewasa Malaysia serta 12,885 pengguna di Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, India serta Thailand.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Wanita Malaysia lahir anak di luar negara tak layak dapat kerakyatan
August 5, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
9 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
9 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
10 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
11 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok