Hampir 44.58 juta vaksin Covid-19 sudah diberikan hingga semalam

October 5, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 63.4 peratus atau 20,717,373 daripada jumlah keseluruhan penerima vaksin Covid-19 di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi masing-masing sama ada membabitkan vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, sehingga semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam laman sesawangnya COVIDNOW memaklumkan, 73.3 peratus lagi atau 23,961,163 individu menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos.

Semalam sahaja sebanyak 221,812 dos vaksin diberikan kepada 95,379 individu yang melengkapkan vaksinasi dan 126,433 penerima dos pertama.

Keseluruhannya sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu, sebanyak 44,573,891 dos telah diberikan.

Daripada jumlah itu, 42,597,368 dos diberikan kepada populasi dewasa, dengan semalam sahaja sebanyak 105,949 dos diberikan, membabitkan 90,081 individu melengkapkan vaksinasi dan 15,868 lagi menerima dos pertama.

Sehingga semalam juga 88.0 peratus atau 20,603,249 individu dewasa berumur 18 tahun dan ke atas telah melengkapkan suntikan vaksinasi masing-masing, manakala 94.4 peratus atau 22,098,764 individu lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos.

Mengenai PICK Remaja pula, KKM memaklumkan sehingga semalam sebanyak 3.6 peratus atau 114,124 remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 1,862,399 remaja atau 59.1 peratus, menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos.

Secara keseluruhan sebanyak 1,976,523 dos vaksin diberikan kepada golongan remaja dengan 115,863 dos diberikan semalam kepada 110,565 penerima dos pertama dan 5,298 remaja melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
17 jam lalu· Dunia
Dos penggalak kedua boleh diambil bagi individu sihat berusia 50-60 tahun
July 19, 2022· Isu semasa
Vaksin buatan Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia
July 19, 2022· Dunia
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang di Sentul
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok