Hampir 13.6 juta penduduk Malaysia lengkap divaksin

August 25, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 420,164 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 155,004 penerima dos pertama dan 265,160 lagi melengkapkan dos kedua masing-masing, menurut data dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), hari ini.

Menurut data itu enam negeri mencatatkan pemberian vaksin tertinggi membabitkan Johor sebanyak 71,061 dos; Sabah (49,772 dos); Selangor (42,128 dos); Perak (38,006 dos); Pulau Pinang (35,802 dos); dan Kedah (34,815 dos).

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu sehingga semalam, lebih 32.2 juta dos vaksin Covid-19 diberikan membabitkan 18,631,593 dos pertama dan 13,580,934 dos kedua.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi iaitu lebih 12 juta dos.

Berikut adalah pecahan jumlah pemberian vaksin mengikut negeri:

Data 24 Ogos 2021

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
3 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
3 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok