Hampir 12 juta terima dos penggalak

February 1, 2022 · Isu semasa

Seramai 11,988,626 atau 51.2 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setelah masing-masing melengkapkan suntikan dos pertama dan kedua bagi vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah itu dicapai setelah 93,365 lagi individu dewasa menerima dos penggalak semalam.

Program suntikan dos penggalak dilancarkan pada 13 Oktober lalu bertujuan meningkatkan semula imun penerima vaksin dan memberi perlindungan maksimum terhadap jangkitan pelbagai varian Covid-19.

Sehingga semalam juga, seramai 22,925,149 atau 97.9 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,202,052 atau 99.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya hampir 58 juta dos vaksin Covid-19 diberikan kepada golongan dewasa di Malaysia, termasuk rakyat asing.

Sementara itu, sejak 8 September 2021 lalu hingga semalam lebih 5.65 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Daripada jumlah itu, 2,788,610 atau 88.6 peratus telah lengkap divaksinasi, sementara 2,867,850 atau 91.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya lebih 63.56 juta dos vaksin telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 hingga semalam, dengan 25,713,759 atau 78.7 peratus individu telah lengkap divaksinasi, dan 26,069,911 atau 79.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 31 Januari 2022.

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
2 minit lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
1 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
2 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
2 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok