
Jumlah individu dewasa yang menerima vaksin Covid-19 sehingga 6 Ogos 2021.
Lebih 8.2 juta atau 35.3 peratus penduduk dewasa telah melengkapkan suntikan dos kedua masing-masing semalam, menurut data terbaharu dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Sementara itu, lebih 15.3 juta atau 65.6 peratus lagi penduduk dewasa menerima suntikan dos pertama.
Sebelum ini kerajaan menyasarkan 50 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas akan melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menjelang 31 Ogos ini.
Sehingga semalam (6 Ogos 2021), lebih 23.6 juta dos pertama dan kedua telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan sejak Februari lalu.
Sementara itu, sehingga semalam, 99.6 peratus daripada individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19 di Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Manakala 47.7 lagi melengkapkan dos kedua masing-masing.
Semalam, sebanyak 447,035 dos suntikan diberikan membabitkan 187,756 penerima dos pertama dan 259,279 lagi melengkapkan dos kedua masing-masing.

Data 6 Ogos 2021