Hampir 10.4 juta terima dos ketiga

January 22, 2022 · Isu semasa

Jumlah penerima dos penggalak vaksin Covid-19 di seluruh negara terus meningkat, menjelang status penerima dua dos Sinovac dan individu berusia 60 tahun ke atas menjadi tidak lengkap pada akhir Februari sekiranya tidak mengambil dos ketiga.

Berdasarkan maklumat laman sesawang Covidnow kendalian Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini pagi ini, seramai 10,399,699 atau 44.4 peratus individu berkenaan telah menerima dos penggalak masing-masing, sehingga semalam.

Program pemberian dos penggalak bagi meningkatkan keberkesanan vaksin yang telah diterima dilancarkan pada 13 Oktober lalu, dengan semalam sahaja sebanyak 160,310 dos telah diberikan.

Sementara itu, jumlah individu dewasa yang lengkap divaksinasi pula mencecah 22,914,736 atau 97.9 peratus, manakala 23,192,052 atau 99.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Bagi remaja pula, seramai 5,643,158 individu berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan pertama dan kedua masing-masing.

Daripada jumlah itu, seramai 2,779,564 atau 88.3 peratus telah lengkap divaksinasi, sementara 2,863,594 atau 91.0 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya, menurut KKM, lebih 61.94 juta dos telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari 2021 lalu.

Daripada jumlah itu seramai 25,694,300 atau 78.7 peratus populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, dan 26,055,646 atau 79.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok