Hamas berterima kasih Malaysia selamatkan warga Gaza diculik

October 18, 2022 · Isu semasa

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menghargai usaha dilakukan pihak berkuasa Malaysia untuk membebaskan seorang pengaturcara komputer Palestin yang diculik oleh agensi perisikan Israel – Mossad.

Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata tindakan rejim Zionis itu bukan sahaja melanggar kedaulatan, malah dalam usaha untuk mengganggu keselamatan, kestabilan, dan kesejahteraan tetamu di bumi Malaysia.

“Memandangkan pencerobohan Israel yang menyasarkan keselamatan dan kedaulatan Malaysia, yang merupakan syurga bagi pelajar dari seluruh dunia, kami menyeru masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengecam dan menyalahkan amalan sistemik sedemikian.

“Tindakan itu bertujuan untuk melanggar kedaulatan negara lain, serta menjejaskan keselamatan dan kestabilan rakyat Palestin.

“Kami juga menggesa mereka untuk mendakwa pemimpin rejim Israel di mahkamah antarabangsa dan meminta mereka bertanggungjawab atas jenayah terhadap rakyat Palestin di dalam dan luar negara,” kata Fawzi dalam satu kenyataan hari ini.

5 Oktober lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, seorang lelaki warga Palestin diselamatkan sehari selepas diculik individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dalam kejadian di Jalan Yap Kwan Seng, pada 29 September lalu.

Katanya mangsa yang berusia 31 tahun diselamatkan selepas pihaknya menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 September hingga 4 Oktober.

“Kesemua 18 individu yang ditahan berusia antara 21 hingga 42 tahun disyaki berperanan menculik dan menyembunyikan mangsa. Siasatan mendapati mangsa yang dipercayai tinggal di Eropah, masuk ke negara ini pada 21 September lalu sebagai pelancong,” katanya.

Hari ini, NST melaporkan ejen perisikan rejim Zionis Israel, Mossad, sekali lagi ‘menyerang’ bumi Malaysia, dalam perang mereka terhadap anggota kumpulan pejuang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Tetapi, Mossad telah menyesuaikan taktik untuk tidak meninggalkan kesan penglibatan mereka. Mereka dipercayai merekrut warga tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia, lapor eksklusif NST hari ini.

Baru-baru ini, menurut akhbar itu, dalam perkembangan yang terlepas daripada sorotan media, ejen Mossad meminta rakyat Malaysia untuk mengesan dan menculik dua lelaki Palestin yang mereka percayai sebagai aset sayap bersenjata Hamas – Brigade al-Qassam.

Dalam satu operasi di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur, baru-baru ini, mereka memintas dua sasaran bernilai tinggi Palestin sejurus selepas jam 10 malam pada 28 September lalu, apabila kedua-duanya, pakar pengaturcaraan komputer, hendak memasuki kenderaan mereka yang diletakkan berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, selepas menikmati makan malam di pusat beli-belah berhampiran.

14 Oktober lalu, 11 individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menculik seorang lelaki Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit bulan lalu.

Tertuduh ialah Edy Ko’im Said, 40, Mohamad Norakmal Hassan, 41, Dody Junaidi, 42, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39, Mohamad Naziree Mustapha, 39, Faizull Hardey Mohd. Isa, 40.

Selain itu ialah Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25, Mohamad Sufian Saly, 23, Muhammad Al Hatim Mohd. fauzi, 21, Nidarahayu Zainal, 34, dan Raibafie Amdan, 39.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022· Politik
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022· Isu semasa
Zahid tipu Agong, kumpulan akar umbi UMNO buat laporan polis petang ini
November 23, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Cabaran rasuah siber menerusi wang kripto perlu segera ditangani
August 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok