Hakim tolak permohonan peguam Syed Saddiq dapatkan salinan SPRM

August 23, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pembelaan untuk mendapatkan salinan percakapan saksi pendakwa utama yang dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbicaraan Syed Saddiq Abdul Rahman yang menghadapi pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid menyampaikan keputusannya hari ini (23 Ogos 2022) sejurus sebelum perbicaraan bermula.

“Kami merujuk permohonan pembelaan untuk mendapatkan keterangan saksi, permintaan itu ditolak,” katanya ringkas.

Semalam, peguam bela Gobind Singh Deo yang mewakili Ahli Parlimen Muar itu berhujah kenyataan yang dirakam SPRM penting kerana terdapat dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-13, Rafiq Hakim Razali yang ketika itu penolong bendahari sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, mengenai kutipan dana kempen Syed Saddiq.

Beliau berkata Rafiq Hakim memberitahu pegawai SPRM bahawa wang dalam akaun Armada adalah dana yang dikumpul daripada rakyat oleh Syed Saddiq sendiri untuk berkempen di Muar.

Ketika memberi kenyataan lisannya di mahkamah, Rafiq berkata dana yang dikumpul adalah untuk kegunaan Armada, justeru, terdapat percanggahan dalam kenyataannya, tetapi pembelaan tidak diberikan dokumen itu sehingga tidak mendapat perbicaraan yang adil, kata Gobin sambil menambah saksi itu mungkin berbohong di mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bagaimanapun memohon permohonan itu ditolak atas alasan pembelaan gagal meyakinkan mahkamah bahawa mereka telah memenuhi syarat di bawah Seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah.

Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Ahli Parlimen Muar itu juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Perbicaraan diteruskan dengan Rafiq memberi keterangan.

Berita berkaitan
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022· Isu semasa
Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther fail rayuan
September 30, 2022· Politik
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022· Isu semasa
MBSA nafi Datuk Bandar Shah Alam ditahan SPRM
September 30, 2022· Isu semasa
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Rugi jika bubar MPN
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
1 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
7 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
8 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
12 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok