Hakim tegur peguam Najib guna bahasa lebih sopan

April 6, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan menasihatkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan bahasa yang sopan mengkritik Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, ketika mengemukakan hujah rayuan Datuk Seri Najib Razak.

Nasihat itu diberikan ketika Shafee menggunakan kata-kata ‘hopelessly incompetent’ dan ‘poisoned’ ketika merujuk sabitan Mohd Nazlan terhadap Najib dalam perbicaraan membabitkan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim memberitahu Muhammad Shafee bahawa beliau boleh menggunakan ungkapan seperti ‘terkhilaf dari segi undang-undang’ dan ‘tersalah arah’ untuk menunjukkan kelemahan dalam keputusan Mohd Nazlan.

“Saya rasa jika kita boleh menggunakan kata-kata yang lebih baik dengan menghormati hakim yang bijaksana… cari kata sifat yang lebih baik untuk menggambarkannya. Selain daripada mengatakan ‘meracuni penilaiannya”, ‘sangat tidak cekap’, boleh anda cari perkatan lain? Hormatilah hakim.

“Guna kata-kata seperti terkhilaf, beliau telah melakukan kesilapan, telah salah arah, bukan dengan mengatakan sangat tidak cekap,” kata Abdul Karim, yang mendengar rayuan Najib itu bersama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sebelum itu, Muhammad Shafee dalam hujahnya pada prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman berkaitan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC itu, berkata hakim yang mendengar kes itu tidak berwibawa ketika membuat keputusan terhadap anak guamnya.

Berita berkaitan
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
2 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
7 jam lalu· Politik
Perbicaraan 1MDB tangguh, Najib cirit birit
May 9, 2023· Isu semasa
Perbicaraan penuh saman SRC terhadap Najib ditetapkan 2025
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
12 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok