Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO

July 6, 2022 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Collin Lawrence Sequerah akan melawat dua “banglo” di Country Heights, Selangor yang dibeli pada 2017 dengan RM5.9 juta melalui dana Yayasan Akalbudi (YAB) sebagai sebahagian daripada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika perbicaraan pagi tadi, peguam bela Hisyam Teh Poh Teik menjemput hakim untuk membuat melakukan pemeriksaan di banglo itu memandangkan kedua-dua hartanah berkenaan adalah subjek salah satu daripada 27 pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Zahid.

“Banyak yang diperkatakan mengenai banglo itu, mungkin kita menjemput Yang Arif untuk mengadakan lawatan tapak kedua-dua banglo itu dan Yayasan Al-Falah,” kata Hisyam.

Bagaimanapun, Datuk Raja Rozela Raja Toran, yang mengetuai pihak pendakwaan berhujah terhadap lawatan itu berkata ia tidak perlu kerana gambar dua hartanah berkenaan boleh dikemukakan di mahkamah.

“Tetapi untuk kami benar-benar melakukan lawatan, ia bukan tentang apa-apa pengubahsuaian, berlaku pembelian, saya rasa saya akan menolak pelawaan untuk melawat lot banglo itu. Ia tidak perlu,” katanya menurut laporan MalayMail.

Tetapi Hisyam tetap berkeras.

“Adalah penting bagi Yang Arif untuk melawat tapak tersebut kerana isu-isu telah dibangkitkan mengenai perkara ini, dan untuk memberikan gambaran yang jelas kepada Yang Ariff mengenai status semasa kedua-dua bahagian tanah berkenaan, maka Yang Arif akan dapat menggambarkan di mana surau, lokasi, jarak kedua-dua lot banglo ke masjid,” katanya.

Raja Rozela kemudian mencadangkan supaya lawatan tapak itu diatur untuk tarikh yang tidak bercanggah dengan perbicaraan di mahkamah jika hakim percaya ia perlu dilakukan.

Sequerah bersetuju.

“Saya fikir demi kepentingan keadilan, saya fikir saya akan bersetuju dengan permintaan untuk melawat tapak, tetapi kita sentiasa boleh menetapkannya untuk masa yang lain. Kita boleh mengatur tarikhnya kemudian,” katanya.

Ketika pemeriksaan balas hari ini, Zahid diminta menerangkan dua hartanah Country Heights yang dibeli dengan wang YAB dan berkata ia berada jauh dari rumahnya sendiri yang terletak di kawasan kejiranan yang sama.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata kedua-duanya “bersebelahan” dengan atau dalam “jarak berjalan kaki” dari Surau An-Nur di Country Heights, yang disifatkannya sebagai pusat Islam di kawasan kejiranan itu.

Beliau terlebih dahulu mencadangkan pemeriksaan tapak kedua-dua hartanah oleh mahkamah supaya mereka boleh membuat penilaian peribadi di lokasi dalam perbicaraan semalam.

“Saya minta mahkamah melawat rumah-rumah itu, sama ada kediaman atau pusat maahad tahfiz,” kata Presiden UMNO itu semalam.

Sebelum ini, Zahid berkata dua lot tanah yang mempunyai rumah atau dua “banglo” yang sudah dibina di atasnya dibeli bagi tujuan mendirikan pusat pengajian al-Quran untuk pesara dan pelajar tahfiz yang ingin belajar dan menghafaz al-Quran.

Pada 24 Januari lalu, Presiden UMNO itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjawab semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Sequerah memerintahkan Zahid, membela diri atas pertuduhan tersebut setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO itu.

Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Zahid, didakwa menggunakan dana YAB untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan tuduhan rasuah, dia didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Presiden UMNO itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok