Hakim minta peguam Najib, pendakwa berdamai isu kenyataan media

October 5, 2022 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan rasuah Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MBD) telah meminta kedua-dua pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan untuk berdamai, berhubung kenyataan yang dibuat kepada media baru-baru ini.

Drama itu bermula pada permulaan prosiding apabila peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membangkitkannya di mahkamah mengenai sidang akhbarnya baru-baru ini membincangkan perbicaraan pada Isnin.

Beliau memohon maaf kepada mahkamah sekiranya mesejnya ketika sidang media yang menyentuh beberapa surat daripada kerabat diraja Arab Saudi kepada bekas perdana menteri itu tidak sesuai.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kandungan yang diceritakannya kepada kumpulan wartawan di lobi kompleks mahkamah adalah tepat.

“Ketika sidang media, saya hanya berkata pihak pendakwaan tidak memberikan dokumen kepada kami dalam kes ini, tetapi kami telah menggali dan memperoleh dokumen-dokumen ini. Itu yang kami katakan pihak pendakwaan gagal untuk mendedahkan.

“Saya juga hanya menjawab soalan pemberita mengenai wang yang dihantar ke akaun Najib,” katanya memetik NST.

Ketua pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata tindakan Shafee tidak wajar kerana pihak pembelaan boleh mengemukakan aduan mereka kepada hakim.

“Adakah dia (Shafee) mengharapkan saya untuk membuat sidang media dan menjelaskan kes itu kepada media? Kita lawan di mahkamah jika ada apa-apa,” katanya.

Shafee kemudian berkata beliau akan mengelak daripada memberikan komen kepada media.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian meminta kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu.

“Ini sepatutnya menjadi penamat kepada perkara ini,” katanya.

Shafee pada sidang media pada hari Isnin mendakwa bahawa pihak pendakwaan telah menyekat bukti berkaitan perbicaraan itu.

Peguam kanan itu juga mengedarkan salinan surat tersebut yang mengandungi kepala surat pejabat persendirian individu yang mendakwa diri sebagai Abdulaziz Majid Al Saud yang dialamatkan ke rumah Najib di Jalan Langgak Duta.

Beliau mendakwa pihak pendakwaan gagal mendedahkan/menyampaikan kepada pihak pembelaan butiran lima lagi transaksi berikutnya, yang diperoleh pihak pembelaan melalui siasatan mereka sendiri.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022· Isu semasa
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022· Isu semasa
Portal dakwa Anwar akan pilih Zahid sebagai TPM, balas jasa anak murid
November 30, 2022· Politik
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
9 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
14 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok