Hakim Mahkamah Rayuan lapor polis artikel wang RM1 juta dalam akaun

April 21, 2022 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat laporan polis berhubung satu artikel mendakwa beliau sedang disiasat kerana wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan hari ini berkata, laporan itu dibuat bagi menafikan tuduhan palsu dan tidak berasas yang berniat menjatuhkan kredibiliti Mohd Nazlan sebagai hakim selain mengganggu sistem keadilan serta institusi kehakiman.

“Pejabat ini memandang serius terhadap tuduhan dan komen seperti ini dan mengingatkan orang ramai bahawa tuduhan terhadap badan kehakiman bertujuan mengganggu-gugat kes-kes yang sedang dalam proses perbicaraan adalah satu pelanggaran prinsip sub judice.

“Pejabat ini juga menggesa agar pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan segera demi memelihara keyakinan orang ramai terhadap institusi kehakiman negara serta memastikan pentadbiran keadilan dapat berjalan dengan baik,” katanya memetik laporan FMT.

Pejabat itu merujuk kepada artikel ditulis oleh Raja Petra Kamarudin di Malaysia Today bertajuk “Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account” pada 20 April lalu.

Kenyataan itu turut menyebut, kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan peruntukan undang-undang lain yang berkaitan, dapat dijalankan.

Terdahulu, badan kehakiman sebelum ini telah membuat laporan polis berhubung dua artikel membabitkan Mohd Nazlan dalam kes 1MDB dan SRC International.

Ia membabitkan artikel Malaysia Now bertajuk “Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested” dan blog Malaysia Today bertajuk “Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed” bertarikh 14 Mac lalu.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
20 jam lalu· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok