Hakim jatuh hukuman kes SRC Najib kini disiasat SPRM

April 23, 2022 · Isu semasa

Hakim yang menjatuhkan hukuman bersalah dalam kes rasuah dana SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Tan Sri Azam Baki menurut laporan dipetik media berbahasa Inggeris, The Star.

Azam menjelaskan perkara itu disiasat memandangkan terdapat laporan secara rasmi yang dibuat oleh beberapa individu terhadap Nazlan dan mereka perlu membuka kertas siasatan.

“Ya, kami telah memulakan siasatan kami. Prosedurnya adalah untuk menyiasat apabila laporan telah dibuat secara rasmi.

“Kami membuka kertas siasatan kerana ada laporan dibuat, bukan kerana dakwaan dibuat di portal atau media sosial,” katanya.

Nazlan ketika ini berdepan serangan daripada kumpulan tertentu menjelang perbicaraan rayuan kes SRC Najib di Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi.

Sekiranya Najib kalah lagi dalam perbicaraan rayuan kali ini, berkemungkinan bekas Perdana Menteri itu akan terpaksa menjalani hukuman penjara yang sudah dijatuhkan ke atasnya.

Portal Malaysia Today milik blogger Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini mendakwa Nazlan mempunyai “kekayaan yang tidak dapat dijelaskan sumbernya”.

Nazlan kemudian membuat laporan polis berhubung artikel itu.

Pasukan peguam Najib sebelum ini juga mendakwa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes 1Malaysia Developmeny Berhad (1MDB).

Mahkamah Rayuan sudah mengekalkan keputusan itu tahun lepas dan Najib kini sedang merayu kes itu di Mahkamah Persekutuan, peringkat terakhir dalam perundangan bagi rayuan dilakukan.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok