Hakim dibawa melawat dua banglo mewah dalam kes rasuah Zahid

August 1, 2022 · Isu semasa

Dua buah banglo yang didedahkan dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi (YAB) melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi tumpuan pada perbicaraan yang bersambung hari ini apabila Hakim dan pihak terlibat dibawa melawat lokasi terletaknya kediaman tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah dibawa melawat untuk melihat dua banglo tersebut di Country Heights yang dijadikan pusat pengajian al-Quran bagi golongan yang akan bersara dan pelajar tahfiz.

Kelihatan beberapa kenderaan polis dan sebuah kereta peronda polis (MPV) dan dikawal rapi anggota polis serta pengawal keselamatan.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong dan barisan peguam bela Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh, yang mewakili Zahid.

Zahid semasa perbicaraan sebelum ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, RM5.9 juta yang digunakan untuk membeli dua banglo di Country Heights, Kajang bukanlah dana sumber haram.

Memberi keterangan pembelaannya dalam perbicaraan membabitkan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, Zahid mendakwa dua lot banglo itu dibeli bagi tujuan penubuhan pusat pengajian al-Quran untuk bakal pesara dan pelajar tahfiz yang ingin belajar dan menghafaz Quran.

“Saya nyatakan bahawa saya tidak pernah menggunakan dua lot banglo itu sebagai kediaman atau untuk kegunaan peribadi saya,” katanya sebelum ini.

Zahid berkata salah sebuah banglo itu kini sudah dilengkapi kemudahan seperti bilik mesyuarat dan surau dan ia digunakan oleh pelajar tahfiz, manakala banglo lain masih dinaik taraf dan diubah suai untuk dijadikan madrasah pelajar tahfiz.

Dia juga memberitahu dana Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM65 juta yang didakwa diterimanya dan dipindahkan ke akaun simpanan tetap sebuah firma guaman bukan hasil wang haram.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu 69, sebaliknya, berkata dana RM65 juta melalui cek itu adalah hasil sumbangan daripada individu dan badan korporat bagi tujuan amal jariah, menurut Bernama.

“Saya menegaskan bahawa dana tersebut adalah bukan hasil daripada aktiviti haram yang didefinisikan di bawah Akta AMLA,” katanya.

Zahid sedang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok